awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tan Sri Harussani Zakaria dimasukkan ke hospital akibat strok

Astro Awani
Astro Awani
23/08/2020
11:03 MYT
Tan Sri Harussani Zakaria dimasukkan ke hospital akibat strok
Mohd Akmal berkata, Harussani memerlukan rehat buat masa ini. -Bernama
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dimasukkan ke sebuah hospital swasta, di sini awal pagi tadi selepas mengalami strok.
Exco Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin yang mengesahkan perkara itu berkata, Harussani dikejarkan ke hospital selepas solat Subuh.
Menurutnya, berdasarkan maklumat diberikan Jabatan Mufti Perak setakat ini, Harussani masih lagi dalam pemantauan rapi di hospital berkenaan.
"Saya menyeru seluruh rakyat Perak dan rakyat di seluruh negara mendoakan kesejahteraan Tan Sri Mufti yang kita sayangi.
"Kita mendoakan agar beliau segera sembuh kerana khidmat beliau masih lagi diperlukan di negeri ini," katanya hari ini.
Mohd Akmal berkata, Harussani memerlukan rehat buat masa ini.
Harussani, 81, dilantik sebagai Mufti Perak bermula tahun 1985 sehingga kini dan memegang pelbagai jawatan termasuk di peringkat persekutuan
Antara jawatan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Teks Al-Quran dan Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.
Topic Berkaitan
#Exco
#fatwa
#Hospital
#Islam
#rakyat
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan