awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah di Kampung Batu Uban milik persendirian - Chow

Bernama
Bernama
26/06/2025
12:00 MYT
Tanah di Kampung Batu Uban milik persendirian - Chow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata beliau difahamkan tanah itu bukan milik kerajaan negeri justeru tidak boleh mengulas lanjut tanpa maklumat berkaitan perkara tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Isu penduduk Kampung Batu Uban di sini yang mendakwa menerima notis diarahkan berpindah tanpa sebarang perbincangan adalah melibatkan tanah persendirian.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata beliau difahamkan tanah itu bukan milik kerajaan negeri justeru tidak boleh mengulas lanjut tanpa maklumat berkaitan perkara tersebut.
"Apa yang saya tahu, ia adalah tanah persendirian dan (arahan berpindah) untuk tujuan pembangunan semula," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Chow berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar berhubung kekesalan penduduk di kampung itu dengan tindakan pemilik tanah memberi surat makluman arahan berpindah tanpa berbincang dengan wakil rakyat atau penduduk.
Sebanyak 17 pemilik rumah menerima surat pada minggu lepas, memaklumkan tanah itu telah dibeli syarikat pemaju baharu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kampung Batu Uban
#tanah persendirian
#notis arah berpindah
#syarikat pemaju
#Chow Kon Yeow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan