awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah jerlus Masjid India: Dua kali 'flushing', mangsa belum dijumpai - DBKL

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
25/08/2024
23:15 MYT
Tanah jerlus Masjid India: Dua kali 'flushing', mangsa belum dijumpai - DBKL
Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (Storm) melakukan kerja-kerja pembersihan selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak dua kali teknik 'flushing' dilaksanakan bagi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga asing yang hilang akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India, ibu negara, sejak petang Ahad.
Bagaimanapun, Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, setakat ini mangsa masih belum dijumpai.
"Pada sebelah malam pula, pasukan Indah Water Konsortium (IWK) telah memulakan 'flushing' yang dilaksanakan di lurang kumbahan 5 dan mengambil masa sehingga jam 2 pagi Isnin.
"Pencarian oleh pasukan SAR akan disambung pada pagi Isnin," katanya dalam satu kenyataan, pada awal pagi ini.
Pada Ahad, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif, berkata teknik 'flushing' adalah menyekat aliran air di lurang kumbahan dan setelah air melimpah, sekatan akan dilepas untuk menghasilkan arus aliran air yang deras.
Beliau berkata, teknik itu akan dikoordinasikan oleh pasukan Indah Water Konsortium (IWK) bermula di lurang kumbahan lima berhampiran Agrobank.
Dalam kejadian jam 8.25 pagi Jumaat, seorang wanita warga India berusia 48 tahun dikenali Vijayaletchumy dilaporkan hilang selepas menjadi mangsa tanah jerlus sedalam kira-kira lapan meter di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#tanah jerlus
#Masjid India
#teknik flushing
#Indah Water Konsortium
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan