awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
Proses pengundian PRU Jepun bermula
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah mendap baru ditemui di Bukit Bintang

Bernama
Bernama
26/04/2014
15:32 MYT
Tanah mendap baru ditemui di Bukit Bintang
Jalan Bukit Bintang. -Gambar Fail
Jalan sepanjang 500 meter di Jalan Bukit Bintang menghala Jalan Tun Razak akan terus ditutup untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemadatan tanah.
Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Amir Mahmood Razak berkata kerja-kerja itu bagi memberi kestabilan pada lapisan bawah permukaan tanah selepas lubang mendap terbentuk Khamis lepas.
"Semasa penutupan jalan, trafik aliran kontra akan dilaksanakan, di mana trafik dari Bukit Bintang menghala Jalan Tun Razak akan dilencongkan ke dua laluan di sebelah bertentangan (menghala Bukit Bintang).
"Laluan-Laluan di Jalan Bukit Bintang (menghala Jalan Imbi dan Jalan Pudu) masih boleh digunakan," katanya dalam satu kenyataan pada hari Sabtu.
Beliau juga mengingatkan orang ramai agar mematuhi semua papan tanda dan arahan polis trafik.
Amir Mahmood turut memberi jaminan pemantauan berterusan sedang dijalankan di sekitar kawasan lubang mendap bagi memastikan keselamatan awam.
"Bacaan akan dibuat dari semasa ke semasa pada alat-alat penanda yang berfungsi mengesan sebarang mendapan atau kecondongan, yang dipasang di dalam bangunan.
"Setakat ini, penanda-penanda ini tidak menunjukkan sebarang pergerakan dikesan," katanya.
Sementara itu sebuah kereta dilaporkan telah memasuki lubang mendap baru di Jalan Bukit Bintang menuju ke Jalan Tun Razak pada Sabtu. Menurut tweet MRT, kenderaan terbabit bagaimanapun berjaya dikeluarkan. Pemandu dikatakan mengalami sebarang kecederaan.
@MRTMalaysia: New sinkhole appeared at Jalan Bukit Bintang (Tun Razak bound). Car with one wheel in removed, Driver ok.
— Mass Rapid Transit (@MRTMalaysia) April 26, 2014
Topic Berkaitan
#Amir Mahmood Razak
#Jalan Bukit Bintang
#Jalan Tun Razak
#laluan
#MRT
#pemadatan tanah
#tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan