Tujuh buah rumah di Alam Damai, Cheras telah diarah untuk meninggalkan kediaman masing-masing selepas kejadian tanah mendap di kawasan terbabit.
Tinjauan di kawasan ini menunjukkan sebahagian besar terdapat tanah mendap serta beberapa rumah berhampiran didapati retak akibat penurunan tanah sejak beberapa hari hujan lebat.
Siasatan awal mengesyaki insiden berpunca akibat pergerakan air dalam tanah yang mempunyai kaitan dengan projek pembinaan berhampiran yang dilaksanakan sejak 2013.
Namun, masalah itu semakin serius kelmarin.
Mendapan tanah mengakibatkan longkang dan tembok penahan kediaman atas bukit itu runtuh dan jalan turut mempunyai kesan retak.
Menurut penduduk, ia insiden terburuk pernah berlaku di situ.
Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) yang menjalankan pemeriksaan mendapati beberapa rumah di situ tidak selamat untuk didiami buat sementara waktu.
Penduduk dipindahkan secara berperingkat ke hotel sejak kelmarin dengan kos ditanggung pemaju projek pembinaan.
Datuk Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib yang dihubungi mengesahkan pihaknya telah mengambil beberapa tindakan segera bagi mengelak kesan lebih buruk.
Ia termasuk menutup jalan terjejas dan mengalihkan laluan air.
Pejabat sementara DBKL turut didirikan bagi memantau keadaan.
Sementara itu, polis juga meletakkan sebuah pejabat begerak bagi mengawasi keadaan di sekitar kawasan kejadian.
Projek pembinaan bangunan 29 tingkat itu juga dihentikan buat sementara waktu.
Astro Awani
Fri Jan 02 2015
AHMAD PHESAL: Pihak DBKL telah mengambil beberapa tindakan segera bagi mengelak kesan lebih buruk.
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
''Mengapa mereka tak bangkang atau beri pendapat?'' - Tun M
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama perlu beliau beritahu meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Dialog Tiga Penjuru: Assad Tumbang, Kemudian...?
Apa makna disebalik tumbangnya Bashar Al-Assad ketika Israel mula merampas Bukit Golan dan mengebom depot senjata di selatan Syria dan Damsyik untuk menghalang kumpulan pembangkang daripada merampasnya?
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
[INFOGRAFIK] Pulau Batu Puteh
Berikut adalah info berkenaan dengan Pulau Batu Puteh.
[TERKINI] Titah Adendum: PM anggap pihak kecam sebagai dangkal ilmu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang mengecam beliau berhubung isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dangkal ilmu.
Tinjauan udara di Terengganu
Tinjauan banjir dari udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sekitar Kuala Terengganu mendapati keadaan semakin baik.
Khairul Aming sah kena E-Coli
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengesahkan terkena jangkitan bakteria E-Coli sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Insiden kren SUKE: Mayat terakhir berjaya dikeluarkan
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, mayat pekerja pembinaan warga China yang tersepit di antara struktur besi itu dikeluarkan pada 3.58 pagi.
Jalan perlu ditutup jika alih struktur berat - Fadillah
Itu adalah antara prosedur operasi standard (SOP) ketat yang perlu diikuti oleh kontraktor, bagi memastikan keselamatan pekerja dan orang awam.
Video tular wanita dilarang masuk ke balai polis disangkal
Ketua Polis KL, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata balai polis sentiasa dibuka kepada orang awam terutama jika berlaku sesuatu kecemasan.