awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah perkuburan Islam terancang pertama di Kelantan dibuka pada Oktober

Bernama
Bernama
19/09/2024
21:00 MYT
Tanah perkuburan Islam terancang pertama di Kelantan dibuka pada Oktober
Menurut Hasnan, tanah perkuburan di bawah seliaan MAIK itu terletak di Rantau Panjang, Pasir Mas dan memiliki keluasan kira-kira 2.32 hektar yang mampu memuatkan 4,552 lot kubur. - Gambar Bernama
KOTA BHARU: Tanah perkuburan Islam Raudhatus Saadah yang terancang dan pertama seumpamanya di Kelantan akan dibuka pada 1 Okt ini.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Hasnan Ramli berkata, tanah perkuburan di bawah seliaan MAIK itu terletak di Rantau Panjang, Pasir Mas dan memiliki keluasan kira-kira 2.32 hektar yang mampu memuatkan 4,552 lot kubur.
"Pihak pengurusan MAIK bersetuju membenarkan empat mukim iaitu Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing), Masjid Mukim Taman Sri Rantau, Masjid Mukim Banggol Kulim dan Masjid Mukim Gual Tinggi untuk urusan pengebumian di tanah perkuburan itu.
"Sementara itu, permohonan pengebumian dari luar mukim berkenaan perlu mendapatkan kelulusan khas pihak pengurusan MAIK," katanya pada sidang media di Pejabat MAIK, di sini, pada Khamis.
Beliau berkata, pihaknya juga merancang membuka tanah perkuburan Islam terancang yang kedua di Mukim Tanjung Chat, di sini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan
#tanah perkuburan Islam terancang
#Raudhatus Saadah
#pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan