awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: 2 lagi mayat ditemukan, angka korban meningkat kepada 23

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
17/12/2022
06:20 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: 2 lagi mayat ditemukan, angka korban meningkat kepada 23
Mangsa masing-masing adalah seorang perempuan dewasa dan kanak-kanak. - Foto Astro AWANI
HULU SELANGOR: Angka korban tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Batang Kali di sini meningkat kepada 23 mangsa.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis dalam satu kenyataan, ia susulan penemuan dua lagi mayat di lokasi kejadian setakat jam 1 tengah hari tadi.
Katanya, mangsa masing-masing adalah seorang perempuan dewasa dan kanak-kanak.
Setakat ini, ujar beliau 10 lagi individu masih hilang.
Father's Organic Farm
Kejadian tanah runtuh yang berlaku awal pagi Jumaat itu dipercayai melibatkan 94 individu. - fotoBERNAMA
LAPOR LANGSUNG: Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR fokus dua tapak perkhemahan, guna jentera berat
Sementara itu, Norazam ketika ditanya Astro AWANI menerusi WhatsApp menambah, mayat ke-22 dan ke-23 itu ditemukan di sektor pencarian A iaitu tapak Hillview.
“Mayat ditemukan dalam jarak yang dekat, dan tidak berpelukan,” katanya.
Terdahulu, seramai 135 petugas operasi dan menyelamat (SAR) yang pakar dengan kejadian tanah runtuh dikerah ke lokasi runtuhan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, selain memastikan keselamatan pasukan bertugas.
Seramai 94 individu terlibat dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku pada awal pagi Jumaat.
Topic Berkaitan
#Tanah Runtuh Batang Kali
#Father's Organic Farm
#Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#operasi SAR dipergiat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan