awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: Capaian internet lemah, syarikat telekomunikasi diarah cari alternatif

Bernama
Bernama
16/12/2022
21:00 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: Capaian internet lemah, syarikat telekomunikasi diarah cari alternatif
Empat syarikat utama telekomunikasi negara telah diarah untuk ke lokasi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm bagi meninjau masalah capaian Internet yang lemah dan mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasinya. - Foto BERNAMA
BATANG KALI: Empat syarikat utama telekomunikasi negara telah diarah untuk ke lokasi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm di sini bagi meninjau masalah capaian Internet yang lemah dan mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasinya.
Menurut Jurucakap Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta empat syarikat telekomunikasi negara iaitu Maxis, Digi, Celcom dan UMobile telah turun meninjau lokasi kejadian pada 2 petang Jumaat untuk memasang parabola masing-masing.
"Bagaimanapun, memandangkan kawasan yang sangat terhad, ia menyukarkan mereka untuk mendapatkan tempat bagi pemasangan antena," katanya kepada Bernama malam tadi.
Beliau berkata hasil perbincangan, hanya Maxis akan memasang parabola terlebih dahulu sebelum Pusat Media JaPen berkongsi sambungan Wi-Fi kepada semua pengamal media yang berkampung di lokasi kejadian sejak pagi Jumaat.
Katanya Telekom Malaysia juga dalam proses memasang alat pemancar untuk memberi kemudahan sambungan Wi-Fi namun kestabilan capaian Internet bergantung kepada jarak ia dipasang dari lokasi tragedi.
Puluhan pengamal media yang membuat liputan tragedi itu berdepan masalah mendapatkan akses capaian Internet bagi melaporkan perkembangan terkini berhubung insiden tersebut.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Angka korban meningkat ke 21 orang, 12 dikhuatiri hilang
Keadaan itu memaksa beberapa wartawan berjalan kaki sejauh satu kilometer dari pusat media yang disediakan JaPen untuk mendapatkan akses Internet untuk menghantar laporan ke pejabat masing-masing.
Selain itu, pemerhatian Bernama mendapati ada segelintir pengamal media terpaksa menumpang motosikal dan kenderaan pacuan empat roda petugas keselamatan untuk ke tempat tinggi bagi mendapatkan capaian Internet.
Setakat 8 malam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan 21 mayat telah dijumpai, 12 masih hilang manakala 61 lagi mangsa berjaya diselamatkan.
Insiden tanah runtuh melibatkan Father's Organic Farm pada 2.42 pagi itu memerangkap seramai 94 individu termasuk pekerja tapak perkhemahan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#capaian Internet lemah
#Tanah Runtuh Batang Kali
#Jabatan Penerangan Malaysia
#Father's Organic Farm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan