awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: GPR kesan lima lokasi bendasing bawah runtuhan tanah - Bomba

Fareez Azman
Fareez Azman
19/12/2022
14:13 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: GPR kesan lima lokasi bendasing bawah runtuhan tanah -  Bomba
Lima peralatan Ground Penetrating Radar (GPR) mendapati ada bendasing di bawah runtuhan tanah pada petang tadi. - Gambar fail/ Jabatan Penerangan
HULU SELANGOR: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya mengesan lima lokasi dipercayai mengandungi bendasing di bawah runtuhan tanah di tapak perkhemahan di Batang Kali di sini, pada petang Isnin.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, kerja-kerja mencari dan menyelamat kini tertumpu di lima lokasi berkenaan.
"Operasi akan tetap berjalan kita akan jalankan juga pada malam ini dalam keadaan gelap.
"Kita akan meminimumkan jumlah keanggotaan, kita akan melakukan pencarian malam ini di hotspot yang telah dikenal pasti oleh pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dengan bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
"Lima peralatan Ground Penetrating Radar (GPR) mendapati ada bendasing di bawah, jadi kita buat pencarian di kawasan tersebut malam ini nanti di sektor C ke A.
"Kita tidak gerakkan Unit Anjing Pengesan K9 sebab telah dibuat penandaan oleh JUPEM, lima unit GPR digunakan buat penandaan pada sebelah petang tadi," katanya lagi.
LAPORAN KOMPREHENSIF TANAH RUNTUH BATANG KALI DI SINI
Beliau berkata demikian ketika ditemui media di lokasi kejadian pada malam Isnin.
Sehingga kini, sembilan mangsa masih lagi hilang dan operasi SAR yang masuk hari keempat diteruskan.
#TragediBatangKali Alat pengesan GPR berjaya mengesan lima bendasing di Sektor A dan C. Pasukan SAR kini menjalankan operasi pencarian di dua lokasi berkenaan. @501Awani #AWANInews pic.twitter.com/PreSwfky2w
— Fareez Azman (@FareezAzmann) December 19, 2022
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#batang kali
#Penemuan baharu
#GPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan