awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: Kerajaan Selangor sedia dedah laporan kepada waris - MB

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
26/02/2023
06:47 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: Kerajaan Selangor sedia dedah laporan kepada waris - MB
Amirudin Shari berkata, kerajaan Selangor sedia mendedahkan laporan penuh tragedi tanah runtuh kepada waris mangsa jika ada permohonan. - Gambar fail BERNAMA
AMPANG JAYA: Kerajaan Selangor sedia mendedahkan laporan penuh tragedi tanah runtuh Father's Organic Farm Jalan Genting, Batang Kali, Hulu Selangor yang mengorbankan 31 nyawa, kepada waris mangsa.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, laporan terbabit sudahpun disediakan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).
Menurutnya, perkara itu akan dibawa ke dalam mesyuarat Exco dalam masa terdekat untuk perbincangan lanjut.
"Laporan daripada JMG sudah disediakan. Kalau ada permohonan (daripada waris mangsa), kita boleh keluarkan secara bertulis.
"Insya-Allah, saya akan bawa ke mesyuarat Exco dalam masa terdekat untuk kenal pasti mana punca kuasanya," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), di sini, pada Ahad.
Sebelum ini, media melaporkan waris mangsa tragedi tanah runtuh itu menggesa kerajaan segera mengeluarkan laporan penuh mengenai insiden tersebut.
Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali pada 16 Disember lalu membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, termasuk 13 kanak-kanak dan seorang bayi lelaki berusia setahun.
Topic Berkaitan
#Tanah Runtuh Batang Kali
#Father's Organic Farm
#Amirudin Shari
#laporan tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan