awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: Polis sahkan waris hadir untuk pengesahan kehilangan bapa

Fareez Azman
Fareez Azman
19/12/2022
11:58 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: Polis sahkan waris hadir untuk pengesahan kehilangan bapa
Mangsa yang hilang ini merupakan ayah kepada pengadu, waris ini hendak menyemak pengesahan berkaitan dengan mangsa, kita dapati memang ada satu mangsa tersebut merupakan ayah kepada pengadu ini, ujar Suffian. - fotoBERNAMA
HULU SELANGOR: Polis hari ini mengesahkan empat waris mangsa hadir ke lokasi pencarian tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali di sini, pada Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, kesemua waris itu hadir bagi mendapatkan pengesahan dengan pihak polis berkenaan kehilangan seorang ahli keluarganya.
"Memang saya sahkan waris mangsa datang membuat pengesahan berkaitan mangsa hilang, semalam saya buat semakan ada dalam senarai kita itu," kata Suffian.
"Mangsa yang hilang ini merupakan ayah kepada pengadu, waris ini hendak menyemak pengesahan berkaitan dengan mangsa, kita dapati memang ada satu mangsa tersebut merupakan ayah kepada pengadu ini," ujarnya.
LAPORAN KOMPREHENSIF TRAGEDI RUNTUHAN BATANG KALI DI SINI
Antara waris yang hadir termasuk anak dan isteri kepada mangsa seorang lelaki berusia 60 tahun masih belum ditemui sehingga kini.
Sehingga jam 6.30 petang Isnin, sembilan mangsa masih belum ditemui di lokasi pencarian seluas 54,451 meter persegi itu.
Topic Berkaitan
#Tanah Runtuh Batang Kali
#Father's Organic Farm
#Suffian Abdullah
#penemuan mangsa baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan