KUALA LUMPUR: Waris kepada Allahyarham Nurul Azwani Kamarulzaman yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, Selangor, Jumaat lepas, layak menerima bantuan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar memaklumkan, Nurul Azwani, 31, menerusi warisnya layak menerima bantuan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) dan bayaran berkala Pencen Penakat menerusi bantuan Skim Keilatan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
"Puan Siti Esah Hassan, ibu kepada Nurul Azwani layak menerima FPM sebanyak RM2,000 untuk sekali bayar dan bayaran berkala Pencen Penakat berjumlah lebih kurang RM238 sebulan, untuk seumur hidup," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan faedah di kediaman keluarga Nurul Azwani di Kampung Batu 5 di sini hari ini.
Dalam kejadian berkenaan, Nurul Azwani yang bekerja sebagai pembantu kantin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Mun Choong, adalah antara 24 mangsa disahkan terkorban setakat ini manakala 61 selamat daripada keseluruhan 94 mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Hari kelima, kedudukan mangsa gagal dikesan
Selain itu, Sivakumar berkata lima lagi mangsa yang terkorban dalam tragedi menyayat hati itu telah dikenal pasti Perkeso untuk waris menerima FPM, yang masing-masing berjumlah RM2,000 dan Pencen Penakat dengan anggaran sebanyak RM475 hingga RM2,500 sebulan.
"Penyerahan faedah kepada waris lima mangsa yang lain akan dilakukan dalam masa terdekat," katanya yang turut menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa terlibat serta berharap perlindungan Perkeso dapat meringankan bebanan yang ditanggung waris mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 20 2022
Sivakumar(kiri) ketika bertemu dengan Siti Esah Hassan (dua, kanan), ibu mangsa tanah runtuh Batang Kali Allahyarhamah Nurul Azwani Kamruzaman di rumahnya hari ini. - Foto BERNAMA
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
13 hilang tapak projek kereta api runtuh di China
Biro pengurusan kecemasan daerah Baoan melaporkan tanah di bawah tapak rel Shenzhen-Jiangmen runtuh secara tiba-tiba pada Khamis malam.
Angka korban banjir di selatan Thailand meningkat, hampiri 30 orang
Wilayah terjejas yang sudah bergelut dengan arus deras banjir sedang bersiap sedia untuk hujan lebih lebat dalam beberapa hari akan datang.
Perak siap sedia hadapi gelombang kedua banjir - MB
Perak bersiap sedia menghadapi risiko gelombang kedua banjir yang mungkin melanda negeri ini dengan jangkaan taburan hujan yang tinggi berlaku di kawasan Hulu Perak.
MTL: Pihak berkaitan diarah pergiat pantau lokasi berisiko tanah runtuh - Ahmad Zahid
Pastikan kejadian tanah runtuh seperti yang berlaku di Kampung Bukit Apit, Ajil, yang mengorbankan dua beradik, petang semalam, tidak berulang.
Lagi tanah runtuh hempap rumah penduduk di Ajil
Insiden menimpa rumahnya berlaku dalam tempoh sama dengan tragedi tanah runtuh yang menyebabkan dua beradik maut di Kampung Bukit Apit.
Tanah runtuh: 14 penduduk Kampung Laloh diarah pindah segera
Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati kawasan tersebut sudah tidak selamat untuk diduduki.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.
Dua beradik maut, seorang cedera insiden tanah runtuh di Kuala Berang
Dua beradik perempuan terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menghempap rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini pada 4.30 petang tadi.
3 sekeluarga terperangkap rumah dihempap tanah runtuh
Tiga individu dipercayai daripada satu keluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu di sini petang ini.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.