awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: Wisma Putra sahkan tiga warga Singapura terlibat

Hakim Rahman
Hakim Rahman
17/12/2022
01:50 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: Wisma Putra sahkan tiga warga Singapura terlibat
Tengah malam tadi, operasi mencari dan menyelamat 12 lagi mangsa terpaksa ditangguhkan atas faktor cuaca hujan dan disambung semula jam 8 pagi Sabtu. - Foto JBPM Selangor
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiga daripada 61 mangsa yang terselamat dalam tragedi tanah runtuh merupakan warga Singapura.
Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan ketiga-tiga warga Singapura itu ditemui selamat dalam usaha misi mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakan pihak berkuasa.
"Kerajaan Malaysia sedang berusaha sehabis baik dalam memastikan semua yang terkesan dengan tragedi tersebut diberikan bantuan segera," katanya kenyataan itu.
Wisma Putra turut mendoakan keselamatan mangsa dan mereka yang terlibat dengan operasi mencari dan menyelamat.
Sebelum ini Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengucapkan takziah dan bersimpati kepada semua mangsa yang terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Genting Highlands.
Hsien Loong turut merakamkan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan yang diberikan kepada rakyat Singapura yang terjejas akibat tanah runtuh itu.
"Pasukan Pertahanan Awam Singapura bersedia untuk membantu usaha mencari dan menyelamat jika perlu," kata beliau.
Tengah malam tadi, operasi mencari dan menyelamat 12 lagi mangsa terpaksa ditangguhkan atas faktor cuaca hujan dan disambung semula jam 8 pagi Sabtu.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Angka korban meningkat ke 21 orang, 12 dikhuatiri hilang
Setakat tengah malam Jumaat, 12 orang masih dilaporkan hilang manakala 21 disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 mangsa dalam kejadian itu.
Topic Berkaitan
#mangsa
#tanah runtuh
#Tanah Runtuh Batang Kali
#Father's Organic Farm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan