Insiden tanah runtuh dan banjir kilat di beberapa kawasan di sini Ahad lalu bukan berpunca daripada kegiatan pencerobohan tanah.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Hasadid A. Hamid sebaliknya berkata kejadian itu disebabkan taburan hujan melebihi kadar normal sehingga membawa kepada pergerakan cerun ada hari tersebut.
Katanya berdasarkan maklumat Jabatan Meteorologi, Tanah Rata pada hari kejadian menerima curahan hujan dari pukul 2 petang sehingga 5 petang melebihi 100 milimeter (mm) melepasi tahap normal iaitu 20 mm.
"Hasil siasatan polis, Jabatan Kerja Raya, Majlis Daerah serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Cameron Highlands mendapati banjir kilat dan tanah runtuh berpunca daripada curahan dan limpahan air hujan luar biasa," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita di lokasi tanah runtuh membabitkan rumah peranginan Tenaga Nasional Bhd (TNB) 'The Sharples' di sini hari ini.
Dalam kejadian Ahad lalu, runtuhan menyebabkan bahagian hadapan rumah penginapan itu serta empat kenderaan rosak, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Selain itu, tanah runtuh dan pokok tumbang juga berlaku di Kilometer 55, Jalan Tapah-Tanah Rata berhampiran ladang Bharat Tea; Kilometer 59, Jalan Tapah-Tanah Rata berhampiran Oly Apartment; dan Jalan Perdah, manakala perumahan polis di Tanah Rata dilanda banjir kilat.
Semua lokasi yang terlibat dalam kejadian banjir kilat dan tanah runtuh telah dibuka serta selamat untuk dilalui semua jenis kenderaan kecuali di 'The Sharples', katanya.
Menjelas lanjut, Hasadid berkata setakat ini, pihaknya telah menerima tiga laporan polis berkaitan insiden berkenaan dan laporan penuh siasatan dijangka diperoleh dalam tempoh tiga bulan lagi.
"Namun saya ulangi sekali lagi kejadian tersebut tiada kaitan dengan pencerobohan tanah kerana tiada sebarang aktiviti menyalahi undang-undang di atas bukit," katanya.
Beliau berkata Jawatankuasa Bencana Peringkat Daerah dengan bantuan pejabat Meteorologi sedang memantau beberapa lokasi antaranya Bharat Tea, Kampung Raja dan Kuala Terla yang mempunyai kebarangkalian untuk berlaku tanah runtuh.
Selain itu, Hasadid menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang penyebaran maklumat palsu mengenai kejadian bencana di Cameron Highlands selagi ia tidak disahkan oleh pihak berkuasa.
"Tindakan menyebarkan maklumat yang tidak sahih hanya menimbulkan kegusaran dalam kalangan pelancong dan masyarakat setempat," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 28 2016
Dalam kejadian Ahad lalu, runtuhan menyebabkan bahagian hadapan rumah penginapan TNB serta empat kenderaan rosak, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. -Bernama
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Bantuan RM1,000 kepada 20 pemilik kenderaan ditenggelami banjir kilat di Presint 11 Putrajaya
Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek.
Beberapa kawasan di Nilai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan lebih dua jam petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat.
Putrajaya dilanda banjir kilat, 20 kenderaan tenggelam
Beberapa kenderaan ditenggelami air di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya, Presint 11 di sini susulan banjir kilat pada Ahad.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, kesan daripada ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Kebanyakan insiden banjir kilat kerana isu kebersihan - Aiman Athirah
Menurut Aiman Athirah, masalah ini memerlukan kesedaran awam di peringkat komuniti untuk sama-sama menangani isu banjir kilat.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Tidak berasas dakwa kerajaan Melaka tidak serius tangani banjir kilat - Exco
Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat melaksanakan pelbagai langkah komprehensif untuk mengatasi masalah banjir kilat.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.