awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh di tiga lokasi Jalan Tapah - Cameron Highlands

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
01/10/2020
12:48 MYT
Tanah runtuh di tiga lokasi Jalan Tapah - Cameron Highlands
Pokok tumbang dan tanah runtuh di Batu 24 Jalan Pahang Tapah - Cameron Highlands menyebabkan hanya satu laluan boleh digunakan oleh kenderaan ringan. - Gambar PDRM
TAPAH:Hujan renyai-renyai yang berterusan menyebabkan berlaku tanah runtuh di tiga lokasi di Jalan Tapah - Cameron Highlands dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharudin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu mulai pukul 6 petang.
Menurut beliau, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian pokok tumbang dan tanah runtuh di Batu 24 Jalan Pahang Tapah - Cameron Highlands.
“Kedua-dua arah tidak boleh dilalui tetapi tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa atau harta,” katanya dalam satu kenyataan.
Wan Azharudin berkata, pasukan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Syarikat Belati Wangsa telah berada di lokasi kejadian untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan.
Pihaknya juga, kata beliau, mengesan dua lagi lokasi pokok tumbang iaitu di Batu 12 dan Batu 18.
“Hanya satu laluan boleh digunakan oleh kenderaan ringan dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan berat,” ujarnya.
Beliau menambah, buat masa ini, kerja-kerja pembersihan ditumpukan terlebih dahulu di Batu 14.
Topic Berkaitan
#Cameron Highlands
#tanah runtuh
#jalan tapah
#Tapah
#Pokok tumbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan