awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh IPG Gaya: Pengosongan serta-merta kuarters berhampiran

Bernama
Bernama
17/09/2025
22:10 MYT
Tanah runtuh IPG Gaya: Pengosongan serta-merta kuarters berhampiran
Kementerian Pendidikan mengarahkan pengosongan serta-merta bangunan kuarters berhampiran lokasi tanah runtuh di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Sabah bagi memastikan keselamatan semua warga kampus terjamin.
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengarahkan pengosongan serta-merta bangunan kuarters berhampiran lokasi tanah runtuh di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Sabah bagi memastikan keselamatan semua warga kampus terjamin.
KPM dalam kenyataan memaklumkan, beberapa langkah segera turut diambil termasuk merobohkan blok bangunan yang terjejas untuk memberi laluan kepada binaan baharu.
Selain itu, menurut KPM, inisiatif menyewa premis luar berhampiran turut diambil agar aktiviti akademik dapat diteruskan tanpa gangguan serta kerja-kerja membina semula tangki air yang rosak juga dilaksanakan.
Kementerian itu juga memaklumkan, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut yang telah mengakibatkan kerosakan bahagian cerun dan beberapa blok bangunan yang telah ditutup dan tidak didiami sejak Julai lepas atas arahan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah.
KPM turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor atas keprihatinan dan lawatan beliau ke IPG Kampus Gaya pada Rabu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#tanah runtuh
#IPG Gaya
#Institut Pendidikan Guru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami