IPOH: Kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Kilometer 45, Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands lewat malam tadi menyebabkan jalan tersebut tidak boleh dilalui kenderaan.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 11.12 malam.
Menurutnya, hasil siasatan awal pihaknya mendapati lokasi kejadian terletak kira-kira 50 minit perjalanan dari pekan Simpang Pulai.
“Lokasi kejadian merupakan tapak pembaikan cerun yang sedang dijalankan oleh kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR) dan runtuhan telah menutup permukaan jalan menyebabkan ia tidak boleh dilalui kenderaan dari kedua-dua arah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Bagaimanapun, katanya, tiada laporan kemalangan jiwa diterima.
Yahaya berkata, bagaimanapun jalan tersebut telah dibuka kepada semua kenderaan kira-kira jam 4.30 pagi selepas kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh pihak kontraktor.
Beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan peka dengan keadaan persekitaran di kawasan berkenaan, lebih-lebih lagi ketika cuaca tidak menentu sekarang.
Sementara itu, Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kejadian berlaku ketika hujan lebat, yang menyebabkan jumlah aliran air permukaan (surface runoff) yang tinggi.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jun 28 2023
Lokasi kejadian merupakan tapak pembaikan cerun yang sedang dijalankan oleh kontraktor JKR dan runtuhan telah menutup permukaan jalan menyebabkan ia tidak boleh dilalui. - Foto ihsan pembaca
Tular kes seludup di Forest City, kastam sahkan video lama
Jabatan Kastam menafikan berlaku aktiviti penyeludupan minuman keras di kedai bebas cukai di Forest City seperti video tular di media sosial.
JAS Kedah siasat insiden sungai dicemari bahan berwarna merah
Pencemaran itu dipercayai berpunca daripada pelepasan sisa buangan dari longkang sebuah fasiliti yang disalurkan terus ke dalam sungai.
Sultan Terengganu berkenan rasmi Hospital Sultan Zainal Abidin
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Hospital Sultan Zainal Abidin bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan baginda.
PRK KKB: 'Ketakutan' terhadap Pas punca PN gagal raih undi bukan Melayu - Penganalisis
PN perlu akur untuk membentuk sebuah kerajaan yang lebih harmoni, kemajmukan masyarakat di satu-satu lokaliti perlu diraih bagi memastikan kemenangan mutlak.
AWANI Ringkas: Asrama Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu terbakar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Atlet perlu berjiwa besar raih kejayaan di Paris - Hannah
Komitmen Lee Zi Jia yang meletakkan sasaran pingat emas di temasya Sukan Olimpik Paris perlu ada dalam jiwa setiap atlet negara lain yang layak.
136 orang dilaporkan maut dalam kejadian banjir di Brazil
Angka kematian dilaporkan meningkat kepada 136 orang dalam kejadian banjir Rio Grande do Sul, Brazil pada Sabtu.
Kejadian itu menyebabkan Penduduk sebuah bandar kecil di negeri Rio Grande do Sul, bergelut dengan kerosakan yang teruk selepas hujan lebat memusnahkan rumah dan jalanan mereka.
Kejadian itu menyebabkan Penduduk sebuah bandar kecil di negeri Rio Grande do Sul, bergelut dengan kerosakan yang teruk selepas hujan lebat memusnahkan rumah dan jalanan mereka.
12 maut di Indonesia akibat banjir kilat, aliran lava sejuk
Seramai 12 orang maut dan mayat mereka sudah dibawa ke hospital, manakala empat yang lain masih dicari di daerah Agam.
'Saya masih ada cuma…' - Sarimah Ibrahim akui tak pernah hilang dari industri seni
Sarimah berkata perubahan karier bermula selepas dia menerima tawaran menjadi penyampai radio untuk bahasa Inggeris menyebabkan dia tidak aktif dalam industri bahasa Melayu.
Angka kematian akibat banjir di Afghanistan meningkat
Kematian tersebut dilaporkan ketika pihak berkuasa negara itu mengisytiharkan darurat dan bergegas menyelamatkan mangsa-mangsa yang cedera.
Rantau ASEAN alami 47 bencana minggu lepas - Pusat AHA
Rantau ASEAN mengalami 47 bencana, termasuk banjir, tanah runtuh, ribut dan kejadian berkaitan angin dari 29 April hingga 5 Mei tahun ini.
Hampir 100 maut di Pakistan ekoran hujan lebat dan banjir kilat
Hujan lebat mengakibatkan banjir kilat di Khyber Pakhtunkhwa, Balochistan dan Wilayah Punjab serta Jammu dan Kashmir.
Korban tanah runtuh Sulawesi Selatan meningkat kepada 20 orang
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan dalam keadaan hujan dan berkabus dengan tanah runtuh menyekat laluan.
Angka korban gempa bumi Taiwan meningkat kepada 13 orang, ratusan masih terkandas
Jalan raya di kawasan pergunungan masih terhalang oleh beberapa tanah runtuh.
1 maut, 9 hilang dalam tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia
Seorang maut manakala sembilan lagi, termasuk kanak-kanak hilang selepas tanah runtuh melanda sebuah kampung di wilayah Jawa Barat Indonesia pada Ahad.
12 maut akibat banjir, tanah runtuh di Brazil
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh berikutan hujan berterusan di Brazil, kata pegawai pada Ahad.
75 rumah musnah akibat tanah runtuh di Peru
Hujan lebat menyebabkan kerosakan di bandar selatan Peru, Alca berikutan kejadian tanah runtuh melibatkan jalan raya, rumah, sekolah dan hospital pada Sabtu.
26 maut, enam hilang dalam banjir dan tanah runtuh di Sumatera Barat, Indonesia
Agensi Pengurusan Bencana Sumatera Barat (BPBD) pada Isnin melaporkan 26 maut dengan enam masih hilang dan dua cedera dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di pulau itu.
Korban banjir, tanah runtuh di Sumatera Barat meningkat kepada 19
Daerah Pesisir Selatan paling teruk terjejas dengan 16 kematian dan tujuh lagi hilang manakala 25,794 keluarga terjejas.
Hujan lebat di Pakistan ragut 29 nyawa, 50 cedera
Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh dan 50 lagi cedera akibat hujan lebat yang melanda Pakistan dalam tempoh 48 jam lepas.