awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh: NADMA kini fokus soal pengurusan pasca bencana

Bernama
Bernama
25/12/2022
08:04 MYT
Tanah runtuh: NADMA kini fokus soal pengurusan pasca bencana
Aermizan berkata, NADMA akan membantu penyaluran bantuan sebaik mendapat data dan maklumat daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD). - Bernama
KUALA LUMPUR: Biarpun operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali telah berakhir secara rasmi 12 tengah hari tadi, namun kerajaan akan terus membantu mangsa dan ahli keluarga yang terlibat dalam kejadian itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata fokus kini terarah kepada pengurusan pasca bencana dan bagi tujuan itu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) diberikan tanggungjawab untuk melaksanakannya.
"NADMA akan membantu penyaluran bantuan sebaik mendapat data dan maklumat daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau turut mengucapkan takziah kepada semua 92 orang mangsa dan ahli keluarga yang terlibat serta merasa amat berdukacita dengan kematian 31 mangsa.
Pada masa yang sama, Armizan juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap semua ahli pasukan bantuan SAR daripada pelbagai agensi kerajaan yang telah bertungkus lumus dalam operasi selama sembilan hari sejak 16 Dis lalu, tanpa mengira penat lelah serta keadaan cuaca.
Ucapan terima kasih turut beliau tujukan kepada kepada Pegawai Daerah Hulu Selangor Mohamad Hanafe Basri selaku Pengerusi JPBD, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor selaku Komander Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Supt Suffian Abdullah dan semua pihak yang terlibat dalam setiap aspek pengurusan bencana tanah runtuh ini.
"Selain pasukan tindak balas bantuan pencari dan penyelamat, pelbagai pihak terlibat di barisan hadapan seperti pasukan bantuan kebajikan dan kesihatan, pasukan teknikal dan logistik, penerangan dan media, badan sukarela dan badan bukan kerajaan (NGO) serta banyak lagi," kata Amrizan.
Dalam insiden awal pagi 16 Dis lepas, seramai 92 mangsa terlibat dengan 61 daripadanya terselamat, manakala 31 terkorban selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali.
Pada masa yang sama, Armizan turut mengingatkan kepada semua pihak supaya terus bersiap siaga kerana negara masih lagi belum keluar sepenuhnya dari tempoh fenomena Monsun Timur Laut 2022/2023.
"Sentiasa peka kepada informasi dan amaran, serta perlu patuhi nasihat agensi berwajib demi keselamatan bersama," katanya
-- BERNAMA
Ikuti laporan terkini di laman mikro Astro AWANI
Pantau Kerajaan Baharu di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#pengurusan pasca bencana
#NADMA
#bencana alam
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan