awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh: Pusat Pelancongan Bukit Malawati ditutup sementara

Sinar Harian
Sinar Harian
26/12/2022
03:40 MYT
Tanah runtuh: Pusat Pelancongan Bukit Malawati ditutup sementara
Juwairiya turut berkongsi gambar kejadian runtuhan tanah pada hari kejadian di laman Facebooknya.
KUALA SELANGOR: Pusat Pelancongan Bukit Malawati di sini ditutup sementara bermula pada Selasa bagi pelaksanaan kerja-kerja pembaikan runtuhan tanah oleh pihak berkuasa tempatan.
Kejadian runtuhan tanah di pusat pelancongan berkenaan pada Ahad dipercayai berpunca daripada pokok berusia 50 tahun yang tumbang akibat hujan lebat disusuli dengan angin kencang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Malawati, Juwairiya Zulkifli berkata, beliau menerima maklumat kejadian sekitar kira-kira jam 7 pagi yang disaksikan seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB), yang mahu melakukan tugasan pemantauan.
"Kejadian itu menyebabkan hakisan dan pergerakan tanah. Berkemungkinan juga akibat musim hujan sejak kebelakangan ini menyebabkan keadaan tanah tidak stabil.
"Selain itu, faktor pokok yang sudah uzur dan perlu ditebang lebih awal bagi mengelak kejadian seperti ini," katanya dalam satu kenyataan susulan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.
Sehubungan itu, Juwairiya berkata, anggota bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan skuad Pantas Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) giat menjalankan pembersihan.
Berikutan kejadian itu, beliau berkata, pusat pelancongan Bukit Malawati ditutup sementara bagi tujuan pembersihan dan baik pulih demi keselamatan pengunjung.
"Terima kasih diucapkan kepada semua anggota yang terlibat. Semoga seluruh rakyat Kuala Selangor dilindungi Allah SWT," katanya. -SInar Harian
Ikuti laporan terkini di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#ADUN Bukit Malawati
#Juwairiya Zulkifli
#hakisan dan pergerakan tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan