MALAYSIA
Tanah runtuh Serendah: Mangsa cedera dilaporkan stabil

Mohd Fareez Hanudin, 21, yang mengalami patah kaki dan tangan kerana tertimbus dalam runtuhan berkenaan berjaya diselamatkan penduduk berhampiran yang menyedari insiden terbabit.
Penunggang motosikal yang dilaporkan cedera ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya akibat kejadian tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah awal pagi tadi, dilaporkan stabil.
Mohd Fareez Hanudin, 21, yang mengalami patah kaki dan tangan kerana tertimbus dalam runtuhan berkenaan berjaya diselamatkan penduduk berhampiran yang menyedari insiden terbabit.
Menceritakan kembali detik kejadian, Fareez berkata keadaan jalan yang gelap, menyebabkan dia tidak menyedari kawasan yang dilaluinya runtuh akibat saliran air bawah tanah yang melimpah.
"Ketika saya dalam perjalanan, saya lalu kawasan tersebut. Saya tak nampak dan terus jatuh ke dalam lubang," katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Dalam kejadian tersebut, motorsikal yang ditunggangnya terjatuh ke dalam kawasan runtuhan tersebut. Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan.
Setakat ini, seramai 340 mangsa di Taman Idaman dipindahkan ke pusat penempatan sementara di Sekolah Rendah Agama Serendah.
Polis turut mengisytiharkan kawasan tanah runtuh di kawasan tersebut sebagai kawasan larangan Zon Merah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami