Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedia menyiarkan secara langsung debat mengenai tanah Taman Manggis antara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata RTM akan membantu melancarkan perjalanan debat itu melalui slot program 'Demokrasi' RTM.
"Kami bersedia menyiarkan secara langsung debat itu dan terpulang kepada mereka berdua untuk menerima tawaran ini. Debat itu akan tanpa kehadiran audiens bagi memastikan program berjalan lancar," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
BACA: Isu tanah Taman Manggis: Rahman Dahlan alu-alukan debat bersama Guan Eng
BACA: Tanah Taman Manggis: Guan Eng sahut cabaran debat Rahman Dahlan
Abdul Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), menyambut baik kesediaan Lim untuk menyertai debat umum itu dengan beliau.
Dalam catatan Twitternya, Abdul Rahman berkata: "Saya menyambut baik debat umum mengenai (tanah) Taman Manggis itu. Pegawai saya akan hubungi pihak anda (YAB Ketua Menteri) untuk menyelesaikan butiran yang perlu."
"Debat itu akan membolehkan rakyat Pulau Pinang mengetahui fakta dan kebenaran di sebalik skandal Taman Manggis," Abdul Rahman dipetik sebagai berkata demikian.
Semalam Lim berkata beliau bersedia untuk berdebat dengan menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan mengenai perkara itu, malah mahukan acara itu disiarkan secara langsung.
BN mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin DAP menjual tanah Taman Manggis sedangkan tanah itu telah diperuntuk bagi pembinaan rumah mampu milik.
Bernama
Fri Apr 08 2016
SALLEH: Kami bersedia menyiarkan secara langsung debat itu dan terpulang kepada mereka berdua untuk menerima tawaran ini. - Gambar fail
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Tanah Taman Manggis: RTM sedia siar debat antara Rahman-Guan Eng, kata Salleh
RTM akan membantu melancarkan perjalanan debat itu melalui slot program 'Demokrasi' RTM.