Generasi hari ini perlu ditanam semangat patriotisme sekali gus mengembalikan tradisi yang dipegang oleh pejuang negara semasa Malaysia mencapai kemerdekaannya dahulu.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor berkata, ia berbeza dengan sikap segelintir rakyat kini yang yang cepat membuat kesimpulan menunding jari kepada pihak kerajaan dan pasukan keselamatan apabila berlaku krisis berkaitan keselamatan dalam negara.
"Pihak ini mendakwa kononnya, pasukan keselamatan negara gagal mendapatkan maklumat-maklumat awal bagi membendung kejadian-kejadian seperti kes pencerobohan di Lahad Datu dan yang terbaru berkaitan tragedi pembunuhan Kim Jong Nam.
"Malah lebih teruk lagi, ada juga suara sumbang yang mengaitkan dengan 'teori konspirasi'. Golongan ini tanpa segan silu memuat naik komentar-komentar yang begitu biadap mengecam kerajaan serta mempersoalkan keberkesanan pasukan keselamatan kita.
"Melalui pantauan dan komentar-komentar seumpama ini di media sosial, generasi sekarang seolah-olah sudah tiada lagi semangat patriotisme dalam diri mereka," katanya dalam catatan di laman Facebooknya hari ini.
Tegas Rizal, golongan ini lebih rela melihat negara diperkotak-katikan dan dipandang rendah pihak luar.
"Bagi mereka tindak balas kerajaan terhadap pihak luar yang berkonfrontasi hanya akan mempertaruhkan keselamatan rakyat dalam negara ini.
"Sikap yang ditunjukkan oleh generasi hari ini berbeza berbanding dahulu. Belum pun negara diserang secara langsung, mereka ini telah 'menyerah kalah' dan lebih rela menjadi barua kepada musuh.
"Keupayaan anggota keselamatan diperlekehkan dan dipersoalkan dari segi risikan pemilikan teknologi persenjataan sehinggalah ke aspek pengendalian kapal selam," jelasnya.
Ujarnya, hal itu diterapkan dalam pemikiran generasi-generasi baru oleh individu-individu berkepentingan politik.
"Konsistensi mereka dalam menyebarkan dakyah-dakyah palsu ini selama puluhan tahun akhirnya berhasil menjadikan generasi hari ini hilang semangat patriotisme.
"Generasi kini sudah berada dalam 'zon selesa' dan pengorbanan pasukan keselamatan seperti polis dan tentera yang berkawal di sempadan seolah dipandang enteng sedangkan nyawa dipertaruhkan.
"Mungkin sudah tiba masanya, kita semua melihat kembali bagaimana hal seperti ini perlu diuruskan. Semangat patriotisme rakyat adalah elemen terpenting bagi pembangunan sesebuah negara," katanya.
Rizal turut menyatakan rasa terkilan apabila melihat rakyat di beberapa buah negara yang lebih maju berbanding Malaysia mempunyai semangat patriotisma yang sangat tinggi apabila negara mereka berhadapan dengan krisis.
"Sedangkan reaksi segelintir rakyat dalam negara ini pula apabila menghadapi perkara yang serupa ialah cepat menunding jari," jelasnya.
Astro Awani
Fri Mar 10 2017
RIZAL: Generasi hari ini perlu ditanam semangat patriotisme sekali gus mengembalikan tradisi yang dipegang oleh pejuang negara dahulu. - Gambar fail
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Tanam semangat patriotisme dalam diri generasi sekarang
Generasi hari ini perlu ditanam semangat patriotisme sekali gus mengembalikan tradisi yang dipegang oleh pejuang negara semasa Malaysia mencapai kemerdekaannya dahulu.
Jamalul Kiram tawar Shafie jadi Ketua Menteri Sabah? - Rizal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membuat jenaka apabila menyifatkan pernah menerima tawaran menjadi Ketua Menteri Sabah daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Permata tidak boleh dipisahkan daripada JPM - Rizal
Permata tidak boleh dipisahkan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana kebanyakan programnya dicipta untuk mengisi jurang percanggahan antara beberapa undang-undang termasuk Akta Pendidikan.