KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menangani dengan terperinci dakyah golongan anti-vaksin termasuk mereka yang skeptikal terhadap vaksin COVID-19.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Profesor Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid berkata terdapat juga beberapa individu berpengaruh yang turut membawa persepsi negatif terhadap vaksin itu.
"Kita tidak mahu golongan-golongan ini, termasuk di kalangan mereka yang berpengaruh telah memberi maklumat tidak benar dan kebanyakan mereka bukan pakar. Mereka menakutkan rakyat daripada menerima vaksin.
"Vaksin ini kita tahu antara vaksin yang selamat dan telah dibuktikan setelah banyak kajian yang telah dilakukan seiring data yang begitu telus sekali," kataya ketika ditemu bual Astro AWANI.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Sejarah tercipta, PM individu pertama terima suntikan Pfizer-BioNTech
Justeru, beliau mengharapkan supaya rakyat Malaysia dapat menerima dengan baik program imunisasi tersebut sekali gus dapat menangani COVID-19 dengan jayanya.
Tambah beliau pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula hari ini menunjukkan komitmen Malaysia memerangi pandemik itu.
Jelasnya, imuniti kelompok yang kuat hanya akan berhasil apabila sekitar 85 peratus rakyat Malaysia disuntik vaksin COVID-19.
"Kita harapkan apa yang berlaku hari ini menjadi penyuntik moral kepada petugas barisan hadapan kerana mereka akan berhadapan dengan pelbagai rintangan, beban kerja yang tinggi.
"Ini akan meningkatkan moral mereka yang akan bekerja dengan kuat bagi memastikan program ini mencapai objektifnya," katanya.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Feb 24 2021
Kerajaan perlu menangani dengan terperinci dakyah golongan anti-vaksin termasuk mereka yang skeptikal terhadap vaksin COVID-19. - Foto Astro AWANI
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Kertas Putih Kesihatan: Tanpa PICK, kes COVID-19 lebih 10 juta - KKM
Kerajaan Malaysia telah berjaya menguruskan pandemik COVID-19 menerusi pendekatan multi strategi.
KKM hargai penglibatan NGO bantu jayakan program vaksinasi
Inisiatif seperti program vaksinasi dari rumah ke rumah yang digerakkan NCSM membantu KKM menjayakan PICK.
'Kerajaan sementara' ini berjaya capai banyak perkara jangka masa panjang - Khairy
Kerajaan yang dianggap sebagai kerajaan sementara ketika ini dilihat berjaya mencapai banyak perkara jangka masa panjang.
Hanya 4 kes AEFI serius babit kanak-kanak di Perak
Bagi remaja pula, sebanyak 23 kes dicatatkan dalam tempoh yang sama.
COVID-19: Kerajaan perlu pertimbang wajibkan dos ketiga
Langkah ini penting kerana jika tidak dilaksanakan ia boleh memberi masalah sistem kesihatan negara.
Vaksin COVID-19: 33.9 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sejumlah 1,733,437 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
PICKids: 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin
Sejumlah 1,727,791 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar
Pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan COVID-19.
Mahkamah Tinggi tolak saman pemula difailkan penuntut berhubung kesan vaksinasi
Hakim Datuk Amarjeet Singh, berkata Mahkamah Timbang Tara tiada bidang kuasa untuk mendaftarkan award semakan kehakiman.
1,161,503 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 48.1 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.