awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tangguh umrah: THTS saran kumpul dana tanggung kerugian

Israr Khalid
Israr Khalid
06/01/2022
02:58 MYT
Tangguh umrah: THTS saran kumpul dana tanggung kerugian
AHMAD RUZMAN: Saya harap pihak berwajib akan mempertimbangkan cadangan saya ini. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Mekanisme yang dilaksana bagi mengumpul dana untuk pembelian vaksin COVID-19 boleh digunakan untuk menampung kerugian jemaah umrah dan penyedia perkhidmatan pakej umrah, disebabkan penangguhan aktiviti tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif TH Travels & Services (THTS) Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali berharap, cadangan beliau itu dapat dipertimbangkan oleh pihak berwajib yang berkenaan.
Ini kerana, katanya, tindakan kerajaan menangguhkan aktiviti umrah berkuat kuasa 8 Jan itu mengejutkan pihak terlibat yang tidak bersedia dengan pelan sandaran.
“Pada peringkat awal pandemik tempoh hari, kita cari dana berbilion ringgit untuk beli vaksin sebagai ikhtiar kita cegah penularan COVID-19.
“Kali ini, apabila merebaknya varian Omicron, sebagai salah satu langkah pencegahan, kita tangguhkan umrah.
"Tetapi malangnya kita perlu dana juga untuk sekurang-kurangnya membuat bayaran balik (refund) kepada mereka yang tak jadi pergi.
"Maka inilah masa untuk kita mencari dana agar dapat membuat refund 80 peratus lagi kepada jemaah umrah yang tertangguh,” katanya.
1 Jan lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Jan bagi membendung penularan varian Omicron COVID-19.
Susulan itu, penyedia perkhidmatan pakej umrah mendakwa pihaknya mengalami kerugian sekitar 20 peratus daripada keseluruhan kos per kepala, dengan baki 80 peratus ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan.
Ahmad Ruzman menyarankan kaedah sama dalam perolehan dana pembelian vaksin diguna pakai dalam kes penangguhan umrah.
Tonton temu bual penuh bersama beliau dalam program Agenda AWANI dihoskan oleh Nazri Kahar, di sini:
THTS cadang peruntukan dana bayar balik kerugian jemaah umrah, ini caranya
Agenda AWANI: Jemaah umrah diduga
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#umrah
#THTS
#TH Travels & Services
#Ahmad Ruzman Ahmad Razali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan