awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
“Adakah kamu syaitan itu sendiri?” - Epstein disoal dalam rakaman temu bual baharu didedahkan
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanjung Piai ibarat referendum kecil kepada PH - Ahmad Zahid

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
18/11/2019
08:31 MYT
Tanjung Piai ibarat referendum kecil kepada PH - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, ia dapat dibuktikan dengan sokongan pengundi muda termasuk Cina yang sudah mula kembali kepada BN. - Gambar fail
Pilihan Raya kecil (PRK) Tanjung Piai dilihat menjadi satu referendum kecil kepada penolakan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, ia dapat dibuktikan dengan sokongan pengundi muda termasuk Cina yang sudah mula kembali kepada BN.
“Ini memperlihatkan bahawa PH ditolak pengundi-pengundi di Tanjung Piai dan ini merupakan satu manifestasi penolakan keseluruhan.
“Walaupun ini bukan satu referendum peringkat nasional tetapi ia referendum kecil dan kita lihat biarpun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengandaikan hanya 70 peratus keluar mengundi.
“Jelas apabila 74.4 peratus daripada keseluruhan mengundi menghadirkan diri, ertinya mereka mempunyai minat memberikan mandat kepada Datuk Seri Dr We Jeck Seng untuk mewakili mereka,” katanya di lobi Parlimen di sini, pada Isnin.
Tambahnya, isyarat itu penting untuk menunjukkan ketidakpuasan hati pengundi sekali gus menunjukkan kepentingan suara pembangkang di Dewan Rakyat.
BACA: 'Saya dah jangka, tapi...' - Tun M terkejut PH kalah majoriti besar di Tanjung Piai
BACA: Tanjung Piai jadi referendum rakyat kepada Kerajaan PH - Bastien
Sebelum ini, Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn berkata, pengundi harus menjadikan PRK Tanjung Piai sebagai referendum rakyat kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Ia susulan kenyataan dan pelbagai janji politik pemimpin-pemimpin PH sendiri yang dikatakan tidak mempunyai asas kukuh penyelesaian kepada masalah yang melanda.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Dewan Rakyat
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#pilihan raya kecil
#PRK Tanjung Piai
#Referendum
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Tanjung Piai Memilih
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan