DAR ES SALAAM: Pihak berkuasa kesihatan Tanzania merancang menempatkan mesin layan diri tuala wanita di semua sekolah awam bagi membolehkan pelajar perempuan menumpukan perhatian kepada pendidikan tanpa gangguan, lapor Xinhua.
Menteri Kesihatan, Ummy Mwalimu berkata pelajar perempuan di sekolah awam kerugian antara 30 dan 40 hari belajar setiap tahun kerana kekurangan akses kepada tuala wanita.
"Mesin layan diri akan membolehkan pelajar perempuan mengakses tuala wanita pada bila-bila masa dengan harga 200 syiling Tanzania," kata Mwalimu ketika melancarkan mesin jualan tuala wanita di sekolah menengah Bunge di ibu kota Dodoma menjelang Hari Kebersihan Haid yang disambut pada 28 Mei setiap tahun.
Mwalimu memuji Lulu Ameir, pengasas dan ketua pegawai eksekutif Bela Vendor, kerana menginovasi mesin layan diri tuala wanita yang memberi kelegaan yang besar kepada pelajar wanita di sekolah.
Lulu berkata tinjauan menunjukkan kekurangan akses kepada tuala wanita di sekolah menyumbang kepada prestasi teruk mereka dalam pelajaran.
Hari Kebersihan Haid, acara tahunan di peringkat global yang dimulakan oleh NGO WASH United, berpangkalan di Jerman pada 2013 dan disambut buat kali pertama pada 2014.
Tema sambutan tahun ini ialah "Menjadikan haid sebagai fakta kehidupan normal menjelang 2030".
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 27 2023

Mesin layan diri akan membolehkan pelajar perempuan mengakses tuala wanita pada bila-bila masa dengan harga 200 syiling Tanzania. - Gambar XINHUA

Anak bekas menteri layak terima biasiswa, pemilihan ikut dasar, SOP - MAIWP
Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri layak menerima Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang Luar Negara (Jordan) MAIWP.
Radi Jidin nafi video kaitkan tuduhan projek runding terus dan isteri kerabat diraja
Ahli Parlimen Putraja, Datuk Mohd Radzi Jidin menafikan isteri beliau merupakan seorang kerabat diraja dan menegaskan tidak terlibat dalam projek rundingan terus bernilai RM 80 juta seperri yang tular di media sosial.

PRK Pelangai: Pemuda UMNO nafi protes calon BN
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menafikan berlaku protes terhadap pemilihan Datuk Amizar Abu Adam sebagai calon BN bagi PRK Pelangai.

Semua tabika KEMAS bakal dilengkapi kemudahan internet - Rubiah
KEMAS jalin kerjasama strategik dengan Telekom Malaysia bagi menyediakan kemudahan internet di semua tabika KEMAS.
Sesi pembelajaran SK Permatang Tok Kandu tetap diteruskan
Fadhlina berkata sesi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu di Permatang Pauh, Pulau Pinang tetap diteruskan walaupun lima bilik kelas musnah dalam satu insiden kebakaran pada Sabtu.
PBB akan keluar syor pengunaan AI
Pendekatan PBB adalah untuk mempromosikan AI, yang bermanfaat kepada semua orang dan tidak mendatangkan kemudaratan khususnya kepada negara miskin.
Amerika Syarikat berperang secara langsung dengan Rusia - Lavrov
Menteri Luar Rusia menyifatkan Amerika Syarikat berperang secara langsung dengan Rusia berikutan penyaluran bekalan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Radzi mahu penyebar fitnah mohon maaf
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

100 murid di Bahau disyaki keracunan makanan
Kira- kira 100 murid dari sebuah sekolah di Bahau, Jempol disyaki mengalami keracunan makanan selepas mengalami gejala cirit-birit dan muntah-muntah.

LTdL 2023: Syritsa tawan peringkat kedua
Pelumba Astana Qazaqstan Team Gleb Syritsa muncul juara saingan peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 sejauh 186.2 kilometer (km), dari Kuala Terengganu ke Aeon Mall, di sini hari ini.

Sampel haiwan diuji positif, Tanzania dakwa kit ujian COVID-19 ada 'masalah teknikal'
Beberapa sampel daripada haiwan telah diguna dan diberikan identiti manusia sebelum dihantar ke makmal bagi mengesan keberkesanan kit ujian berkenaan.

Sembilan pelajar maut dalam kebakaran asrama
Sembilan pelajar dilaporkan maut dalam kebakaran di asrama sebuah sekolah menengah di selatan Uganda, awal pagi tadi.

Najib ketuai delegasi ke dialog perkongsian bestari global di Tanzania
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke Dialog Perkongsian Bestari Global di Dar Es Salaam, Republik Bersatu Tanzania bermula esok.