awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis terselamat undi tidak percaya di tengah-tengah pertikaian belanjawan
Kes kedua Demam Babi Afrika dikesan di Korea Selatan
Ferrari perkenal kereta baharu untuk musim Formula 1 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tapir 300kg mati dilanggar ketika lintas jalan

Sinar Harian
Sinar Harian
13/07/2025
09:00 MYT
Tapir 300kg mati dilanggar ketika lintas jalan
Bangkai tapir telah diserahkan kepada Perhilitan untuk tindakan selanjutnya. - Foto ihsan PDRM
KUANTAN: Tapir dipercayai seberat kira-kira 300 kilogram (kg) mati selepas dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza ketika melintas jalan di Kilometer (KM)36, Jalan Kuantan-Kemaman di sini pada Ahad.

Ringkasan AI
  • Tapir Mati Dilanggar MPV: Seekor tapir seberat kira-kira 300kg mati selepas dilanggar Perodua Alza ketika melintas jalan di KM36, Jalan Kuantan-Kemaman sekitar jam 12.10 tengah malam Ahad.
  • Pemandu Selamat, Polis Kawal Lalu Lintas: Pemandu lelaki tempatan tidak mengalami kecederaan. Polis Cherating segera ke lokasi dan menjalankan kawalan lalu lintas bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
  • Bangkai Diserahkan kepada Perhilitan: Bangkai tapir diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut, memandangkan tapir merupakan spesies hidupan liar yang dilindungi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.10 tengah malam.
Menurutnya, anggota dari Balai Polis Cherating bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat.
"Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan yang telah melanggar seekor tapir ketika melintas jalan.
"Pemandu iaitu seorang lelaki tempatan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Ujarnya, pasukan bertugas telah menjalankan kawalan lalu lintas di lokasi kejadian bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pengguna jalan raya lain.
Jelasnya, bangkai tapir telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tapir mati dilanggar
#alan Kuantan-Kemaman
#lintas jalan
#Perhilitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan