MERSING: Seekor tapir betina seberat 300 kilogram berjaya diselamatkan sepasukan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor selepas memasuki perangkap yang dipasang di Felda Tenggaroh 5 di sini, semalam.
Pengarahnya Salman Saaban berkata, perangkap tersebut dipasang sejak 17 Februari lepas susulan aduan daripada orang ramai berhubung tapir yang didakwa dalam keadaan kurang sihat itu sering berkeliaran di sekitar kawasan berkenaan.
"Kami menerima aduan tapir berkenaan memasuki perangkap kira-kira 8.30 pagi dan operasi menyelamat dijalankan oleh 12 orang kakitangan daripada Perhilitan Mersing, Pusat Konservasi Hidupan Liar Jemaluang dan Santuari Gajah Johor.
"Hasil pemeriksaan mendapati tapir tersebut berada dalam keadaan sihat dan hanya mengalami luka di bahagian kulit kepala yang tidak serius (melecet) serta boleh dilepaskan ke habitat liar yang baharu," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Salman berkata kerja-kerja memindahkan tapir dari dalam perangkap ke dalam kotak pemindah mengambil masa kira-kira 20 minit bermula 9.30 pagi.
Salman berkata tapir tersebut kemudiannya dibawa ke Pejabat Perhilitan Mersing untuk rawatan lanjut oleh doktor veterinar jabatan.
"Seterusnya, operasi pemindahan tapir ke Taman Negara Endau Rompin telah dijalankan pada hari sama bermula 9 malam dan tamat sepenuhnya 4 pagi tadi.
"Usaha ini diharap dapat menyelamatkan spesies tapir di negeri ini yang untuk rekod, dua ekor tapir telah mati akibat dilanggar kenderaan, tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 29 2021
Tapir itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Perhilitan Mersing untuk rawatan lanjut oleh doktor veterinar jabatan. - Gambar hiasan
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
Semoga tapir tidak senasib dengan badak sumbu Sumatera dan harimau Malaya
Hanya tinggal kurang daripada 200 Harimau Malaya di Semanjung Malaysia manakala Badak Sumbu Sumatra hanya tinggal kenangan.
Cleopatra Si Tapir pilih... Croatia!
Tapir yang dipelihara di Zoo Limpopo bernama Cleopatra memilih mangkuk yang dilabel bendera Croatia sebagai ramalan memenangi Piala Dunia.