awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tapir jantan hampir setengah tan mati dirempuh kenderaan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
31/01/2021
11:27 MYT
Tapir jantan hampir setengah tan mati dirempuh kenderaan
bangkai haiwan diilindungi berusia lapan tahun itu ditemui orang awam di tepi jalan berkenaan sebelum melaporkannya kepada Perhilitan. - Gambar/ Bernama
GUA MUSANG:Seekor tapir jantan seberat 450 kilogram (kg) mati akibat kecederaan parah selepas dirempuh kenderaan di tepi Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Felda Chiku 1, Gua Musang, pada Ahad.
Tapir yang keluar dari habitatnya di Hutan Simpan Gunung Rabong atau Hutan Simpan Chiku itu dipercayai melintas jalan di kawasan berkenaan sebelum dirempuh sebuah kenderaan yang dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kuala Krai, awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Ady Ermanty Haniff Mohamed Hanif berkata, bangkai haiwan diilindungi berusia lapan tahun itu ditemui orang awam di tepi jalan berkenaan sebelum melaporkannya kepada Perhilitan.
"Mengikut siasatan awal di lokasi kejadian, tapir jantan itu dipercayai mati akibat dilanggar kenderaan berikutan kesan kecederaan di mulut dan badan.
"Keadaan jalan yang berselekoh dan gelap dipercayai punca kemalangan berkenaan," katanya.
Mengikut rekod, sebanyak tiga ekor tapir telah mati dilanggar kenderaan di Kelantan pada tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Tapir
#jantan
#mati
#dirempuh
#kenderaan
#Gua Musang
#jalan raya
#spesies dilindungi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan