awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perniagaan Jepun terjejas akibat pengurangan pelancong China
New York dilanda salji tebal, ribuan perjalanan terganggu
Gunung Etna meletus, abu tebal cetus amaran penerbangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tapir 'ziarah' sekolah ketika pelajar duduki SPM

Bernama
Bernama
25/02/2021
14:39 MYT
Tapir 'ziarah' sekolah ketika pelajar duduki SPM
Suasana bertukar kecoh ketika pelajar SMK Sungai Soi menduduki SPM selepas seekor tapir 'menziarahi' sekolah berkenaan pagi ini. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Suasana bertukar kecoh ketika pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Soi, di sini menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selepas seekor tapir 'menziarahi' sekolah berkenaan pagi ini.
Pengetua SMK Sungai Soi Zolkifli Abd Ghani berkata beliau dimaklumkan kakitangan bertugas kira-kira pukul 10.30 pagi tadi mengenai kehadiran haiwan berkenaan di kawasan sekolah sebelum menghubungi pasukan penyelamat.
Beliau berkata Angkatan Pertahanan Awam (APM) tiba setengah jam kemudian dan melakukan kerja-kerja mengeluarkan tapir yang terjatuh ke dalam longkang sekolah itu.
"Insiden ini bukan yang pertama, sudah banyak kali, kami cuma bimbang haiwan itu merayau di dewan peperiksaan yang akan mengakibatkan pelajar sedang mengambil peperiksaan Pendidikan Seni dan Sejarah terganggu dengan kehadirannya," katanya kepada Bernama.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Rozidan Md Yasin ketika dihubungi berkata sekumpulan anggotanya telah digerakkan ke lokasi kejadian sebelum berjaya mengeluarkan haiwan yang dianggarkan seberat 200 hingga 250 kilogram itu enam jam kemudian.
Beliau berkata tapir jantan dewasa itu dipercayai terjatuh ke dalam longkang di sekolah berkenaan ketika memakan daun pokok nangka berhampiran.
"Terdapat luka di bahagian belakang tapir itu akibat menyusur blok simen sepanjang longkang berkenaan, bagaimanapun pemerhatian awal tiada kecederaan di bahagian kaki akibat terjatuh longkang.
"Kita akan berikan rawatan sekiranya kecederaannya tidak serius sebelum dilepaskan semula di kawasan hutan," katanya.
Sementata itu, jurucakap APM Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.58 pagi tadi sebelum enam anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi kejadian.
"Operasi mengeluarkan tapir agak sukar kerana saiznya yang besar dan berada di dalam longkang yang sempit, kami telah cuba mengeluarkan haiwan tersebut menggunakan tali tetapi tidak berjaya.
"Justeru, kami telah menghubungi Perhilitan untuk meminta bantuan mereka sebelum haiwan berkenaan dikeluarkan kira-kira 5.10 petang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tapir
#ziarah sekolah
#SMK Sungai Soi
#Sijil Pelajaran Malaysia
#SPM
#Zolkifli Abd Ghani
#angkatan pertahanan awam
#APM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan