awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tapis maklumat di media sosial - MB Pahang

Bernama
Bernama
17/07/2015
06:21 MYT
Tapis maklumat di media sosial - MB Pahang
Beliau menasihatkan penduduk untuk memanfaatkan saluran media sosial sebagai medium menngemukakan aduan yang dihadapi mereka untuk tindakan kerajaan.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengingatkan orang ramai agar menapis dan jangan mudah percaya semua maklumat yang disebarkan menerusi laman sosial.
Beliau berkata setiap maklumat yang diterima hendaklah dirujuk dengan pihak yang lebih mengetahui agar kesahihan perkara itu dapat dipastikan terlebih dahulu kerana tidak semua perkara yang ditulis itu tepat.
"Terdapat pengendali blog yang menggunakan blog mereka untuk menyebarkan berita sensasi atau tidak tepat sehingga meresahkan masyarakat.
"Namun, kita juga percaya masih ada penulis blog yang jujur dan benar... Apapun kita harus berwaspada agar semua berita (di dalam blog) tidak menjejaskan keamanan dan keselamatan negara," katanya pada majlis perjumpaan bersama penduduk Lurah Bilut di sini, semalam.
Selain itu, Adnan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Pelangai menasihatkan penduduk untuk memanfaatkan saluran media sosial sebagai medium menngemukakan aduan yang dihadapi mereka untuk tindakan kerajaan.
Menteri Besar berkata media sosial seperti Facebook dan WhatsApp merupakan medium yang berkesan dan pantas untuk berhubung dan mengemukakan masalah yang dihadapi.
"Saya berharap orang ramai khususnya penguna dapat memanfaatkan media sosial untuk menyampaikan maklumat, tetapi bukan (menyampaikan) maklumat yang mengelirukan.
"Kerajaan sangat mengalu-alukan setiap maklumat dan aduan kerana melaluinya kami (jabatan dan agensi kerajaan dan kerajaan negeri) dapat mengatasi masalah itu dengan segera," katanya.
Topic Berkaitan
#Adnan Yaakob
#blog
#laman sosial
#menapis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan