KUALA LUMPUR: Polis akan melakukan beberapa lagi tangkapan berhubung insiden sekumpulan lelaki berperwatakan wanita menari separuh bogel dan membakar bunga api pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di sebuah unit di I-City di Shah Alam Jumaat lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata pihaknya menahan individu terbabit termasuk penganjur yang merupakan seorang pesohor Instagram dikenali sebagai 'Cik Lala.'
"Beliau dilepaskan dengan jaminan polis hari ini. Bagaimanapun, polis sedang mengumpul segala keterangan dan tangkapan berperingkat akan dilakukan kerana ada antara penari tersebut merupakan mereka yang datang dari luar kawasan," katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri IPD Serdang di sini malam tadi.
Beliau berkata kertas siasatan akan diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik sahaja semua siasatan dan rakaman percakapan saksi serta suspek selesai untuk tindakan selanjutnya.
Sabtu lepas, polis menerima laporan daripada pengurus Badan Pengurusan Bersama (JMB) I-Soho I-City mengenai aktiviti yang menjatuhkan imej I-City sebagai satu tarikan pelancong di Selangor.
BACA: Polis reman penganjur rumah terbuka Aidilfitri, saji 'tarian separuh bogel'
Aktiviti diiringi muzik kuat itu dilakukan di kawasan awam berhampiran rumah penduduk dan Cik Lala adalah individu yang menyewa unit terbabit pada harga RM4,000 bagi menganjurkan majlis tersebut dengan menjemput kira-kira 50 orang.
Arjunaidi juga berkata kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Nur Syuhada di talian 017-6942 736.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 31 2022

Sabtu lepas, polis menerima laporan daripada pengurus Badan Pengurusan Bersama I-Soho I-City mengenai aktiviti yang menjatuhkan imej I-City itu. - Foto tangkapan layar

Dera: Polis tahan pengasuh sebabkan kematian anak saudara
Seorang wanita warga tempatan ditahan polis hari ini kerana disyaki mendera dan menyebabkan kematian anak saudara lelakinya berusia tiga tahun dalam kejadian di Kepong di sin, semalam.

JHEAIPP sahkan kedai nasi ayam di Sungai Ara tiada sijil halal
Kedai menjual nasi ayam dan itik di Sungai Ara yang kini menjadi kontroversi disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Kes SRC: Najib sedih, sangat kecewa permohonan ditolak
Najib berkata, terkejut dan sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan.

Remaja, kanak-kanak dikhuatiri lemas dihanyut arus Sungai Triang
Seorang remaja lelaki 15 tahun dan rakannya berusia 11 tahun dikhuatiri lemas selepas hilang dihanyutkan arus di Sungai Triang berhampiran Kampung Kerayong di sini, hari ini.

Permohonan pengambilan pekerja asing tidak dibeku lagi bermula Jumaat
Permohonan bagi pengambilan pekerja warga asing tidak lagi dibekukan bermula Jumaat ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
![AWANI 7:45 [16/08/2022] - Perbicaraan pada Khamis | Mohon dibicarakan AWANI 7:45 [16/08/2022] - Perbicaraan pada Khamis | Mohon dibicarakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982942/thumbnails/12423381251660656652349_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [16/08/2022] - Perbicaraan pada Khamis | Mohon dibicarakan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz Tumpuan #AWANI745 malam ini: Najib gagal cuba tangguh rayuan akhir perbicaraan SRC International. Bekas Panglima TLDM hadapi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah skandal LCS. PM arah penjawat awam pertahan kerajaan bukan parti politik. #AWANInews

Isu kewarganegaraan: Wan Junaidi dijangka jumpa NGO, 6 wanita Malaysia Khamis ini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) akan bertemu dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan enam wanita Malaysia mengenai isu kewarganegaraan anak-anak mereka.

Polis tahan lelaki disyaki toreh muka rakan dalam pergaduhan
Polis menahan seorang lelaki awal pagi ini yang disyaki menoreh muka rakannya menggunakan pisau lipat dalam satu pergaduhan di padang bola jaring di Merdeka Villa, Ampang.

Perhimpunan 'Mana LCS': 13 individu beri keterangan esok
Kesemua individu berkenaan merupakan antara yang hadir dan turut berucap semasa perhimpunan berkenaan.

AWANI Ringkas: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan tangguh rayuan SRC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis tahan 11 lagi saksi majlis Aidifiltri libatkan tarian separuh bogel
Polis menahan 11 lagi saksi bagi membantu siasatan kes majlis rumah terbuka Aidilfitri melibatkan sekumpulan lelaki berperwatakan wanita yang menari separuh bogel.

Tarian separuh bogel: Beberapa tangkapan lagi akan dilakukan - KP Selangor
Turut ditahan, penganjur yang merupakan seorang pesohor Instagram dikenali sebagai 'Cik Lala.'

Polis kenal pasti dalang muat naik video wanita menari separuh bogel atas tong di Pulau Perhentian
Polis Terengganu telah mengenalpasti individu yang memuat naik video pesta separuh bogel di sebuah pulau peranginan baru-baru ini.