NATIONAL
Tarif AS: Negara ASEAN sepakat bantah, bakal runding secara kolektif - PM Anwar

Anwar (tengah) bergambar selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Asy-Syakirin yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari. -Astro AWANI/Shahir Omar
GOMBAK: Negara anggota ASEAN bersepakat menolak tarif yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sebelum ini.
Ringkasan AI
- Negara anggota ASEAN bersepakat menolak tarif yang dikenakan oleh AS.
- ASEAN akan mencapai pendirian bersama untuk mengatasi isu tarif tersebut.
- Malaysia akan menyambut kedatangan Presiden China, Xi Jinping, dari 15 hingga 17 April.
“Secara konsensus, kita tidak bersetuju dengan tarif tersebut. Jadi, kita sedang mengambil pendekatan bersama, dan para menteri (ASEAN) juga meminta saya untuk menghubungi semua pemimpin ASEAN bagi menyelaras pendekatan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Asy-Syakirin, di sini, yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari.
Anwar berkata, kedua-dua mesyuarat peringkat tinggi ASEAN itu berjalan dengan baik dan beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjurannya.
AS sebelum ini mengenakan tarif 24 peratus ke atas Malaysia sebelum membuat pusingan ‘U’, selepas meluluskan penangguhan tarif timbal balik selama 90 hari kerana menerima permintaan rundingan daripada negara terbabit.
Dalam pada itu, Anwar memaklumkan, Malaysia akan mengadakan sambutan menyambut kedatangan Presiden China, Xi Jinping yang bermula 15 hingga 17 April ini.
“Kita akan sambut Presiden China dan saya harap ia akan menjadi acara yang meriah,” tambah beliau.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami