Skip to main content

Malaysia

Tarikh 21 Ogos bukan hari kelepasan am Melaka

Sumber: BERNAMA
Kerajaan negeri Melaka terus komited dalam memelihara, memartabatkan dan mempromosikan khazanah sejarah, budaya dan warisan negeri yang telah mendapat pengiktirafan sebagai tapak warisan dunia UNESCO. - Gambar hiasan/BERNAMA
Advertisement

MELAKA: Tiada ketetapan cuti peristiwa pada 21 Ogos kerana tarikh itu bukan Hari Kelepasan Am bagi Melaka dan tidak disenaraikan dalam Jadual Hari Kelepasan Am Negeri Melaka Tahun 2026.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Salhah Salleh berkata satu penjelasan dikeluarkan berhubung kekeliruan orang ramai berkaitan tarikh berkenaan, yang dikaitkan dengan tarikh pengiktirafan warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Melaka.

“Semua urusan pekerjaan, perkhidmatan awam, persekolahan dan aktiviti harian pada 21 Ogos berjalan seperti biasa.

“Bagaimanapun ia tertakluk kepada peraturan pihak berkuasa, majikan dan institusi masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Pada masa sama, beliau berkata kerajaan negeri terus komited dalam memelihara, memartabatkan dan mempromosikan khazanah sejarah, budaya dan warisan negeri yang telah mendapat pengiktirafan sebagai tapak warisan dunia UNESCO.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement