PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
LHDN dalam kenyataan menyebut lanjutan itu bagi memberi masa mencukupi kepada individu yang diberi kuasa untuk memohon peranan sebagai pengarah atau majikan sebelum mengemukakan borang berkenaan.
Menurut LHDN panduan berkaitan permohonan peranan itu boleh dirujuk menerusi portal MyTax manakala slaid panduan boleh diakses di https://www.hasil.gov.my.
LHDN turut memaklumkan tambahan masa 15 hari bagi pengemukaan e-Borang untuk individu, perkongsian, pertubuhan dan harta pusaka sementara syarikat, koperasi, perkongsian liabiliti terhad dan badan amanah (sebulan) dan petroleum (sebulan).
"Pembayar cukai adalah disarankan untuk melapor pendapatan dengan mengemukakan e-Borang dan membuat pembayaran (sekiranya ada) dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelak sebarang penalti dan kenaikan cukai," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut pembayar cukai juga perlu mengisi maklumat diri dan perbankan yang tepat serta terkini bagi membantu kelancaran proses bayaran balik cukai, sekiranya ada.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024
Menurut LHDN panduan berkaitan permohonan peranan itu boleh dirujuk menerusi portal MyTax manakala slaid panduan boleh diakses di https://www.hasil.gov.my. - Gambar fail/LHDN
Bantahan peserta Israel di final pertandingan Eurovision
Kumpulan yang membantah penyertaan Israel dalam Pertandingan nyanyian Eurovision telah dikepung oleh polis di Malmo pada Sabtu sebelum pertandingan itu.
Angka kematian rakyat Palestin hampir 35,000 orang ketika Israel terus bedil Gaza
Sekurang-kurangnya 34,971 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas.
Arm rancang hadir dengan cip AI menjelang 2025
Untuk sasaran awal, Arm ingin hadir dengan prototaip awal cip AI menjelang awal 2025, dan seterusnya memfokuskan penghasilan cip berkenaan melalui para pengeluar pada tahun sama.
Pang mula tugas wakil rakyat dengan santuni masyarakat KKB
Pang Sock Tao hari ini memulakan tugasnya sebagai wakil rakyat baharu DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) dengan bertemu masyarakat di Pasar Rasa.
Bas terbalik di Jawa Barat ragut 11 nyawa, puluhan cedera
Antara 11 mangsa yang maut ialah seorang penunggang motosikal, seorang guru dan sembilan pelajar.
Kenyataan media UMNO yang tular di media sosial, palsu - UMNO
Kenyataan tular mendakwa UMNO kini lebih bersifat terbuka dalam pendekatan dan sanggup mengurangkan penekanan eksklusif terhadap keutamaan kaum Melayu, adalah palsu.
Dituduh buat konsert di gereja, ini jawapan Alif Satar...
Lokasi tersebut dahulunya sebuah gereja Angelican lama sebab itu tiada apa-apa lambang, tetapi sekarang ia sudah berubah menjadi dewan komuniti.
Kerajaan Persekutuan dan Sarawak akan percepat infrastruktur di Kapit - Nanta
Kerajaan Persekutuan dan Sarawak akan bekerjasama rapat bagi mempercepatkan penambahbaikan infrastruktur di kawasan Kapit.
Protes bantah penyertaan Israel dalam Eurovision 2024, Thunberg antara ditahan
Bantahan yang disertai sekitar 8,000 peserta pro-Palestin di bandar berkenaan diadakan susulan kempen ketenteraan Israel di Gaza.
Malaysia berpotensi meningkatkan eksport makanan ke Jepun - Naib Menteri Jepun
Malaysia berpotensi untuk meningkatkan lagi eksport makanan ke Jepun khususnya, produk makanan halal.
LHDN wujud 'Peranan Peguam' di portal MyTax
Ciri itu diwujudkan selaras dengan Seksyen 57A(3) Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (ACKHT) 1976.
Gagal kemuka borang penyata pendapatan syarikat, pengarah didenda RM12,000
Seorang pengarah syarikat didenda RM12,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mengemukakan borang penyata pendapatan syarikat.
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
LHDN umum penutupan operasi selama dua hari semasa Aidilfitri
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) hari ini memaklumkan semua pejabat agensi itu di seluruh negara akan ditutup selama dua hari iaitu pada hari Rabu dan Khamis ini.
LHDN sekat perjalanan lebih 180,000 individu akibat tunggakan cukai - MoF
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengambil tindakan sekatan perjalanan ke atas 182,666 individu sejak undang-undang mengenainya dikuatkuasakan sehingga 29 Februari 2024.
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam keputusan berkaitan pembaharuan percukaian negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk mengimbangi kesan pelaksanaan dengan menyediakan jaringan sosial untuk rakyat.