awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Protes bantah penyertaan Israel dalam Eurovision 2024, Thunberg antara ditahan

Agensi
Agensi
12/05/2024
04:50 MYT
Protes bantah penyertaan Israel dalam Eurovision 2024, Thunberg antara ditahan
Thunberg antara yang ditahan dalam tunjuk perasaan pro-Palestin di luar venue pertandingan Eurovision 2024 di Malmo, Sweden. -Reuters
MALMO: Sekurang-kurangnya 10 penunjuk perasaan ditahan polis Sweden selepas berkumpul secara aman bagi menyatakan bantahan terhadap penyertaan Israel dalam pertandingan nyanyian Eurovision 2024 di Malmo, Sweden pada Sabtu.
Bantahan yang disertai sekitar 8,000 peserta pro-Palestin di bandar berkenaan diadakan susulan kempen ketenteraan Israel di Gaza.
Turut serta dalam protes berhampiran venue finale Eurovision ialah aktivis iklim Greta Thunberg. Dia dilihat berarak bersama peserta lain sambil melaungkan "Ini pembunuhan beramai-ramai".
Terdahulu, Thunberg menyertai lebih 10,000 pejuang pro-Palestin dalam protes tanpa kekerasan menjelang separuh akhir pertandingan Eurovision pada Khamis.
Penganjur Eurovision dalam pada itu menolak gesaan untuk mengecualikan Israel dengan alasan acara nyanyian tahunan itu tiada kaitan politik.
Israel diwakili Eden Golan, 20, dalam pertandingan nyanyian edisi ke-68 itu.
Finale pada Sabtu bagaimanapun menyaksikan peserta Switzerland memenangi Eurovision 2024 menewaskan naib juara Croatia.
Topic Berkaitan
#Greta Thunberg
#Penunjuk perasaan
#Sweden
#Eurovision
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan