PUTRAJAYA: Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 (TT 2023) bagi individu pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan dilanjutkan daripada 30 April ini kepada 15 Mei depan.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini berkata ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin (pekerja berpengetahuan /berkepakaran /bukan warganegara memegang jawatan utama) dan Individu Bukan Pemastautin.
Selain itu pelanjutan turut melibatkan Individu Bukan Pemastautin (pekerja berpengetahuan), Pertubuhan, Harta Pusaka dan Keluarga Sekutu Hindu.
"Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 bagi kategori Majikan Syarikat/ Syarikat Labuan dan Majikan BUKAN Syarikat /Syarikat Labuan dilanjutkan daripada 31 Mac kepada 30 Mei depan," menurut kenyataan itu.
LHDN seterusnya menyarankan pembayar cukai untuk melapor pendapatan dengan mengemukakan e-Borang dan membuat pembayaran (sekiranya ada) dalam tempoh yang ditetapkan, bagi mengelakkan sebarang penalti dan kenaikan cukai.
Pembayar cukai juga perlu mengisi maklumat diri dan perbankan yang tepat serta terkini bagi membantu kelancaran proses bayaran balik cukai sekiranya ada.
Sebagai panduan berkenaan pengemukaan e-Borang, pembayar cukai dinasihatkan untuk merujuk kepada Program Memfail Borang Nyata (BN) Bagi Tahun 2024 yang boleh diakses dan dimuat turun menerusi pautan berikut:-
i. Bahasa Malaysia:
https://www.hasil.gov.my/media/5u5aympa/program-memfail-borang-nyata-tahun-2024.pdf
ii. Bahasa Inggeris:
https://www.hasil.gov.my/media/fw2jk2fd/rf-filing-programme-for-the-year-2024.pdf
iii. Sepintas e-Buku HASiL 2024
https://www.hasil.gov.my/eduzone/risalah-cukai/risalah-cukai-2024/sepintas-e-buku-hasil/
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024
LHDN menyarankan pembayar cukai untuk melapor pendapatan dengan mengemukakan e-Borang dan membuat pembayaran (sekiranya ada) dalam tempoh yang ditetapkan, bagi mengelakkan sebarang penalti dan kenaikan cukai.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
TNB tidak perlu bayar cukai tambahan RM1.8 bilion, Mahkamah Rayuan kekal keputusan Mahkamah Tinggi
Panel setuju, TNB sebagai syarikat utiliti elektrik dikenali dan jumlah yang diminta terdiri daripada RA yang sepatutnya dikecualikan.
LHDN wujud 'Peranan Peguam' di portal MyTax
Ciri itu diwujudkan selaras dengan Seksyen 57A(3) Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (ACKHT) 1976.
Gagal kemuka borang penyata pendapatan syarikat, pengarah didenda RM12,000
Seorang pengarah syarikat didenda RM12,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mengemukakan borang penyata pendapatan syarikat.
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
LHDN umum penutupan operasi selama dua hari semasa Aidilfitri
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) hari ini memaklumkan semua pejabat agensi itu di seluruh negara akan ditutup selama dua hari iaitu pada hari Rabu dan Khamis ini.
LHDN sekat perjalanan lebih 180,000 individu akibat tunggakan cukai - MoF
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengambil tindakan sekatan perjalanan ke atas 182,666 individu sejak undang-undang mengenainya dikuatkuasakan sehingga 29 Februari 2024.
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.