awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
Kemelut Pas-Bersatu: Kepimpinan tanpa titik penyatuan, kuasa jadi rebutan - Ilham Centre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarikh kematian Chin Peng, Hospital di Bangkok tidak dirujuk

Astro Awani
Astro Awani
22/09/2013
12:08 MYT
Tarikh kematian Chin Peng, Hospital di Bangkok tidak dirujuk
Akhbar Mingguan Malaysia membuat spekulasi bahawa tarikh kematian bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua bukan pada 16 September seperti yang dilaporkan media sebelum ini.
Memetik sumber, akhbar itu melaporkan tarikh sebenar kematian Chin Peng di sebuah Hospital di Bangkok ialah pada petang 15 September, sehari sebelum sambutan Hari Malaysia.
Sumber tersebut dilaporkan memberitahu kematiannya telah dilaporkan pada awal pagi Isnin (16 September) di mana ketika rakyat negara ini menyambut Hari Malaysia pada hari tersebut.
"Dipercayai tarikh (kematian) pada hari Isnin itu dipilih supaya Chin Peng diingati oleh penyokongnya yang secara kebetulan jatuh pada hari penting buat seluruh rakyat Malaysia menyambut hari pembentukan negara Malaysia.
"Pihak kami mendapat maklumat ini merupakan agenda terancang pihak-pihak tertentu kononnya mahu mengaitkan kematian Chin Peng sebagai semangat nasionalisme," kata sumber tersebut kepada Mingguan Malaysia.
Namun akhbar tersebut tidak membuat sebarang rujukan dengan pihak Hospital Bangkok untuk mendapatkan pengesahan tentang tarikh sebenar kematian pemimpin kanan PKM itu.
Akhbar tersebut hanya melaporkan sumber itu berkata akan cuba bekerjasama dengan hospital di Bangkok bagi mendapatkan kesahihan maklumat yang diterima mengenai tarikh sebenar kematian pemimpin kanan PKM itu.
The Bangkok Post pada 16 September melaporkan Chin Peng telah meninggal dunia pada 6.20 pagi hari yang sama di sebuah Hospital di Bangkok.
Topic Berkaitan
#Chin Peng
#Mingguan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan