Acara party InTrend 10 Tahun sememangnya memberi impak yang mendalam pada industri fesyen dan juga hiburan negara. Kehadiran selebriti juga persembahan daripada nama-nama besar dalam industri memeriahkan lagi acara gah dan berprestij ini.

Apabila bercakap mengenai fesyen. Industri hiburan tidak boleh lari daripada mempamerkan elemen fesyen yang cukup memberi kesan terhadap seseorang selebriti. Di malam InTrend 10 tahun, Tasha Shilla & Ryzal Jaafar dinobatkan sebagai "Best Dressed Celebrities" sekali gus membawa pulang seutas jam tangan Roscani Timepiece.
KTT_15-06-02_0143.jpgKTT_15-06-02_0142.jpg