awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taska dan surau sekolah di Betong, Sarawak runtuh ke dalam sungai

Astro Awani
Astro Awani
08/06/2016
05:16 MYT
Taska dan surau sekolah di Betong, Sarawak runtuh ke dalam sungai
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak
Sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) dan surau di Sekolah Kebangsaan Kampung Buda, di Spaoh, Betong, Sarawak dihanyutkan ke dalam sungai selepas tebingnya runtuh pagi ini.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, kejadian tanah runtuh itu dipercayai berlaku antara jam 2 hingga 3 pagi.
Susulan itu, jentera bomba bersama lapan anggota dihantar ke lokasi kejadian sejurus mendapat panggilan kecemasan pada 4.05 pagi.
Menurutnya, tiada kecederaan dilaporkan.
“Aliran arus sungai yang deras dari hulu sungai dipercayai merupakan punca awal berlakunya tanah runtuh berkenaan dan pihak bomba telah memulakan langkah keselamatan bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku.
“Selain taska dan surau, sebahagian dari kelas di sekolah berkenaan juga turut terjejas dan tidak selamat untuk digunakan dimana pihak bomba telah menyerahkan kepada pentadbiran daerah Spaoh untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.
Selain taska dan surau, sebahagian dari kelas di sekolah berkenaan juga turut terjejas dan tidak selamat untuk digunakan.
Selain taska dan surau, sebahagian dari kelas di sekolah berkenaan juga turut terjejas dan tidak selamat untuk digunakan. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak
Tambahnya, pasukan bomba mengambil masa hampir satu jam untuk tiba di tempat kejadian berikutan lokasi terletak 58 kilometer daripada Betong.
Sementara itu, Ahli Parlimen Betong yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pihaknya serta Ahli Dewan Undangan Negeri Saribas, Razi Sitam akan ke lokasi kejadian untuk meninjau situasi kejadian dan akan mengambil tindakan dengan segera.
Kejadian dilaporkan berlaku antara jam 2 hingga 3 pagi. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak
Kejadian dilaporkan berlaku antara jam 2 hingga 3 pagi. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak
Beliau juga menyatakan rasa syukur kerana kejadian tidak melibatkan nyawa kerana ketika ini sekolah sedang bercuti.
Douglas ditemui selepas menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Sarawak ke 18 di Kuching pagi ini.
Topic Berkaitan
#Betong
#bomba dan penyelamat
#di Spaoh
#Sarawak dihanyutkan ke dalam sungai selepas tebingnya runtuh
#Sekolah Kebangsaan Kampung Buda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan