awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Taufan Al Aqsa' seruan hentikan sebarang kerjasama dengan Israel

Faida Rahim
Faida Rahim
08/10/2023
12:50 MYT
'Taufan Al Aqsa' seruan hentikan sebarang kerjasama dengan Israel
Mohd Hakim menggesa negara-negara majoriti Islam dan negara bukan Arab lain meningkatkan kesedaran tentang isu Al-Aqsa. - Gambar Serantau Muslim
KUALA LUMPUR: Konflik "Taufan Al-Aqsa" disifatkan sebagai panggilan untuk negara-negara Arab agar mempertimbangkan semula dan menghentikan sebarang usaha normalisasi atau kerjasama dengan Israel.
Pengerusi Serantau Muslim Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor memaklumkan, kesucian Masjid Al-Aqsa dan hak saudara penduduk Palestin harus didahulukan berbanding kepentingan politik atau ekonomi.
“Nama ini bukan sahaja menandakan tindak balas terhadap penindasan selama beberapa dekad terhadap rakyat Palestin dari sudut kemanusiaan tetapi juga dari perspektif rohani dan teologi. Al-Aqsa mempunyai kepentingan yang sangat besar sebagai kiblat pertama bagi umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Dalam pada itu, beliau menggesa negara-negara majoriti Islam dan negara bukan Arab lain meningkatkan kesedaran tentang isu Al-Aqsa.
“Suara kolektif kita boleh menjadi kuasa yang kuat. Kita telah menyaksikan pada masa lalu bagaimana Israel diganggu oleh pergerakan media sosial Malaysia dengan hashtag #IsraelKoyak.
“Kami sekali lagi boleh menunjukkan sokongan kami yang tidak berbelah bahagi.
“Kita mesti bersatu di sebalik usaha ini dan memastikan bahawa suara kita, secara individu dan kolektif, bergema di seluruh dunia,” katanya.
Sementara itu, beliau menegaskan tindakan Palestin itu bukan satu tindakan keganasan kerana ia adalah perjuangan membebaskan tanah air mereka sekali gus lokasi yang pernah menjadi kiblat masyarakat Islam dahulu.
Topic Berkaitan
#Islam
#Israel
#Masjid Al-Aqsa
#Serantau Muslim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan