awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Fengal: Rakyat Malaysia dinasihat elak perjalanan tidak perlu ke Tamil Nadu

Bernama
Bernama
05/12/2024
08:47 MYT
Taufan Fengal: Rakyat Malaysia dinasihat elak perjalanan tidak perlu ke Tamil Nadu
Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai menggesa pelancong khususnya yang menuju ke Villipuram dan Tiruvannamalai, supaya ambil langkah berjaga-jaga. - AP
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang merancang untuk melancong ke Tamil Nadu, India, dinasihatkan agar mempertimbangkan semula rancangan mereka dan mengelak daripada melakukan perjalanan yang tidak perlu berikutan situasi cuaca terkini yang disebabkan oleh Taufan Fengal, yang perlahan-lahan bergerak ke arah daratan bersama kesan susulannya.
Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai, melalui nasihat perjalanan yang dimuat naik di laman Facebooknya, menggesa pelancong khususnya yang menuju ke kawasan Villipuram dan Tiruvannamalai, supaya mengambil langkah berjaga-jaga sehingga keadaan kembali stabil.
"Beberapa kawasan di daerah itu terjejas akibat tanah runtuh dan hujan lebat dan pihak berkuasa tempatan kini sedang menjalankan usaha menyelamat dan pemulihan.
"Kami menasihatkan semua rakyat Malaysia agar sentiasa mengikuti perkembangan terkini dan memberikan kerjasama terhadap operasi bantuan yang sedang dijalankan. Keselamatan anda adalah keutamaan kami," menurut kenyataan itu.
Menurut Konsulat Jeneral, rakyat Malaysia perlu mengambil maklum akan berlaku kelewatan dan gangguan perjalanan akibat banjir, tanah runtuh serta kemungkinan kerosakan pada infrastruktur.
Konsulat itu turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan perkhidmatan kecemasan serta sentiasa berwaspada, tambahnya.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai di alamat No. 7 (No. Lama 3), 1st Street, Cenotaph Road, Teynampet, Chennai 600 018, Tamil Nadu, India, atau menelefon 0091 44 2433 4434/35/36, faks ke 0091 44 2433 4437, atau melalui e-mel di [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#taufan fengal
#Chennai
#bencana alam
#rakyat Malaysia
#perjalanan
#Tamil Nadu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan