Sebarang usaha untuk menyediakan taraf hidup yang lebih baik kepada rakyat Selangor, termasuk memberikan air percuma amat dialu-alukan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Menurut Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata syarikat ini berbesar hati untuk bekerjasama dengan mana-mana kerajaan yang memerintah negeri ini bagi memastikan pelaksanaannya.
“Kita akan bekerjasama dengan mereka seperti sebelumnya. Tiada masalah, kerana sistem telah ada,” katanya kepada Astro Awani apabila dihubungi.
Halem berkata air merupakan satu keperluan dalam hidupan harian semua orang.
Beliau membalas tawaran yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) Selangor untuk memberikan 20 meter padu air percuma kepada setiap rumah di Selangor bagi mendapatkan kembali negeri tersebut dalam pilihan raya akan datang.
Sementara itu, wakil rakyat Shah Alam Khalid Samad dari Pas berkata tawaran yang ditawarkan olen BN membuktikan mereka akhirnya mengakui bahawa Pakatan Rakyat melakukan perkara yang betul apabila mereka memberikan air percuma sejak memerintah pada 2008.
“Ini bermakna mereka (BN) telah mengkritik semua ini sedangkan ia hanya gimik politik… hanya untuk menetang walaupun mereka tahu ia adalah sesuatu yang baik,” beliau berkata kepada Astro Awani.
Namun begitu, Khalid menerima langkah tersebut kerana beliau percaya bekalan air merupakan sesuatu yang harus disediakan oleh kerajaan.
Walaubagaimanapun, beliau berkata BN mungkin tidak memberi air tersebut secara percuma, mendakwa parti tersebut selalu mengambil sesuatu apabila memberikan sesuatu.
“Sebagai contoh apabila mereka menyerahkan BR1M, mereka menaikkan harga gula. Apabila mereka menyerahkan BR1M 2.0 mereka menaikkan harga RON 97. Jadi pada masa ini, mereka mungkin melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST),” beliau berkata.
Bagi wakil rakyat Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dari BN, persoalan mengenai adakah tawaran tersebut ditiru dari idea Pakatan tidak seharusnya menjadi isu.
Beliau berkata Pakatan sendiri telah meniru idea BN, sebagai contoh, BN telah mendapat idea berkenaan rumah kos rendah sejak 1960an, dan idea untuk penyerahan wang tunai.
Abdul Rahman turut mengalu-alukan tawaran yang dibuat oleh BN Selangor apabila dia berkata ianya baik untuk rakyat.
Semalam, Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan manifesto khas bagi Selangor yang meliputi 20 meter padu air percuma dan mengetepikan pernyataan perubahan dari meter air pukal kepada meter air individu.
Haider Yutim
Thu Apr 18 2013
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
AWANI Tonight: Batu Puteh RCI: PM dismisses persecution claims against Tun M
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim clarified that the Royal Commission of Inquiry on the Batu Puteh case was not to target Tun Dr. Mahathir Mohamad, noting that the special task force was formed under Datuk Seri Ismail Sabri's administration.
AWANI Tonight: Indonesia’s Prabowo mulls scrapping regional elections to cut costs
Indonesian President Prabowo Subianto suggests doing away with one of the country’s two nationwide elections to cut costs, resembling a model used during the country’s three-decade authoritarian rule.
AWANI Ringkas: Musa Aman bakal TYT Sabah baharu?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Gangguan bekalan air di Selangor pulih
Jumaat lepas, tujuh wilayah mengalami gangguan bekalan air iaitu Hulu Selangor, Kuala Selangor, Kuala Lumpur, Gombak, Petaling, Klang/Shah Alam dan Kuala Langat.
Bekalan air di empat kawasan hampir pulih sepenuhnya
Di Petaling menunjukkan tahap 97.3 peratus pulih, Hulu Langat 98.8 peratus, Sepang dan Putrajaya 99.1 peratus, dan di Kuala Langat telah pulih sepenuhnya.
Tawaran air percuma oleh BN Selangor dialu-alukan Syabas
Sebarang usaha untuk menyediakan taraf hidup yang lebih baik kepada rakyat Selangor, termasuk memberikan air percuma amat dialu-alukan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).