KUALA LUMPUR: Keputusan berhubung kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sesi 2021 boleh disemak secara berperingkat mulai esok.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Azizah Mohd Dun berkata bagi calon yang berjaya, mereka akan menerima permakluman menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.
"Pemohon juga boleh membuat semakan menerusi portal rasmi MARA di www.mara.gov.my. Pemohon atau ibu bapa perlu mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan menerusi pautan sistem mymrsm di portal Mara dan sekiranya tidak berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari, tawaran kepada calon dianggap terbatal," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi permohonan rayuan, Azizah berkata ia akan mula dibuka mulai 7 April hingga 30 Mei depan dan permohonan perlu dilaksanakan secara dalam talian.
Pada tahun ini, katanya MARA telah menerima 102,329 permohonan bagi kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 dengan kapasiti kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 adalah 7,783 orang pelajar manakala bagi Tingkatan 4 adalah 2,426 orang pelajar.
"Setakat Februari 2021, pelajar MRSM sedia ada berjumlah 28,087 orang di 53 MRSM," katanya.
Sementara itu Azizah berkata MARA masih meneruskan dasar sedia ada dengan 60 peratus pengambilan adalah daripada golongan berpendapatan rendah (B40), dengan keutamaan juga diberikan kepada pelajar luar bandar dan miskin bandar.
"Pelajar B40 yang mengikuti pengajian di MRSM tidak perlu bimbang kerana MARA menyediakan program bantuan di bawah program Budi MARA. Pelajar terpilih akan diberi bantuan wang tunai RM1,100 merangkumi yuran persekolahan, pembelian pakaian persekolahan, pakaian harian, keperluan asrama, peralatan persekolahan dan sebagainya.
"Melalui pendekatan ini, ia akan memberi peluang yang lebih besar kepada pelajar dari kalangan B40 untuk mengikuti pengajian di MRSM," katanya.
Sementara itu, Azizah turut memaklumkan dua MRSM baharu iaitu MRSM ATM Bera, Pahang dan MRSM Bagan Datuk, Perak akan mula beroperasi pada awal Jun depan, sekali gus memberi peluang pendidikan yang lebih besar kepada masyarakat.
MRSM menawarkan enam program iaitu MRSM International General Certificate of Secondary Education (IGCSE), MRSM International Baccalaureate-Middle Year Programme (IB-MYP), MRSM Ulul Albab, MRSM Program Khas Pendidikan (PKP), MRSM Premier dan MRSM Teknikal di bawah Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 09 2021
Calon yang berjaya akan menerima permakluman menerusi SMS atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan. - Foto MRSM
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.
Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.
Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Seleweng dana latihan penerbangan: MARA sudah ambil tindakan undang-undang
MARA memaklumkan pihaknya memfailkan writ saman pada 7 Jun 2022 terhadap syarikat yang disyaki menyeleweng dana latihan penerbangan itu.
97,866 peminjam MARA disenarai hitam - Rubiah
Rubiah berkata senarai hitam itu dikenakan terhadap peminjam yang tidak dapat membayar pinjaman dalam tempoh tiga bulan dan hanya terangkum dalam pengurusan MARA sahaja.
Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.
Pengerusi MARA terjah dewan makan MRSM Mersing
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan terjahan bagi memeriksa keadaan di dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing, Johor.