TEMERLOH: Seorang kanak-kanak lelaki nyaris maut selepas terkena tayar treler yang tercabut di Kilometer 3 Jalan Triang-Temerloh dekat Kampung Buntut Pulau di sini pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.24 pagi itu, mangsa yang berusia 12 tahun sedang mengayuh basikal.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, hasil siasatan mendapati dua biji tayar treler jenis Nissan yang membawa muatan sawit yang dipandu lelaki berusia 35 tahun dalam perjalanan dari arah Temerloh menghala ke Triang telah tercabut.
Menurutnya, tayar itu telah merempuh bahagian sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV yang diletakkan di bahu jalan sebelah kiri menghala ke Triang.
"Sebiji lagi tayar terkena seorang kanak-kanak lelaki yang sedang mengayuh basikal menyebabkan kecederaan di bahagian kepala, patah bahu kiri dan patah kaki kiri," kata beliau dalam kenyataan pada Sabtu.
Ujar beliau, mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Dalam pada itu, Mohd Azhar menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian untuk tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
"Orang ramai juga boleh menghubungi Cawangan Trafik IPD Temerloh di talian 09-2716086," tambah beliau. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 29 2023
Mangsa yang sedang mengayuh basikal cedera terkena tayar treler. - Sinar Harian
Houthi tembak Kapal Tangki Minyak Andromeda Star di Laut Merah
Kumpulan Houthi terus melancarkan serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah dan terbaharu serangan peluru berpandu mengenai kapal tangki minyak Andromeda Star.
Ratusan rumah, bangunan rosak dibadai puting beliung
Ratusan rumah, bangunan dan ladang ternakan di Omaha, Nebraska rosak akibat kejadian Puting beliung yang membadai kawasan itu pada petang Jumaat.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Rundingan sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 rakyat Israel dan 24 warga asing dengan pertukaran 240 warga Palestin termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.
95 kanak-kanak mangsa diselamatkan di India
Seramai 95 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun diselamatkan di Uttar Pradesh di utara India, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dari negeri jiran, Bihar.
Pesara tentera diminta kemaskini data di JHEV
Jelas Adly setakat ini lebih 213 ribu veteran berdaftar dengan jabatan tersebut, berbanding sekitar 300,000 yang telah bersara dalam perkhidmatan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad - 28 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: UM mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan sentuh isu 3R sepanjang kempen PRK Kuala Kubu Baharu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta untuk meningkatkan pemantauan bagi mengesan sebarang hantaran yang menyalahi undang-undang.
U Mobile buka kedai pertama di Sabah
pembukaan kedai U Mobile pertama di Sabah adalah sebahagian daripada perancangan untuk memastikan penduduk negeri itu dapat menikmati perkhidmatan pelanggan serta rangkaian produk inovatif U Mobile.
Tayar lori treler tercabut hempap kanak-kanak
Seorang kanak-kanak lelaki nyaris maut selepas terkena tayar treler yang tercabut di Kilometer 3 Jalan Triang-Temerloh dekat Kampung Buntut Pulau, Temerloh.