awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Ukraine-Rusia: Trump, Zelensky dakwa capai kemajuan dalam perbincangan di Florida
Polis buru ‘Ramesh’ dan ahli kumpulan jenayah terancang
16 warga emas maut dalam kebakaran rumah jagaan di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TBG setaraf lapangan terbang, hab pengangkutan ke Pantai Timur - Loke

Khalis Khadir
Khalis Khadir
29/09/2025
14:01 MYT
TBG setaraf lapangan terbang, hab pengangkutan ke Pantai Timur - Loke
Menurutnya, TBG mampu menampung 25,000 penumpang sehari dan mengendalikan kira-kira 700 perjalanan bas setiap hari. - Gambar Astro AWANI
GOMBAK: Terminal Bersepadu Gombak (TBG) disifatkan sebagai stesen bas moden yang kemudahannya setaraf dengan lapangan terbang apabila ia menawarkan fasiliti bermutu tinggi.

Ringkasan AI
  • Terminal Bersepadu Gombak (TBG) dianggap setaraf lapangan terbang dengan fasiliti moden bernilai RM307.4 juta.
  • Ia mampu menampung 25,000 penumpang dan 700 perjalanan bas sehari, serta dihubungkan dengan LRT Gombak dan bakal ECRL.
  • Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata TBG sudah beroperasi sejak Mac lalu dan menerima pengiktirafan Gred A daripada APAD.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ia sekali gus membuktikan kepada pengunjung antarabangsa bahawa Malaysia mempunyai sistem kemudahan pengangkutan awam yang cekap.
“Terminal ini bukan sekadar tempat bas berhenti, tetapi sebuah hab pengangkutan moden dengan kemudahan sama seperti lapangan terbang,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian TBG yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini, pada Isnin.
Loke berkata, terminal yang merupakan hab utama pengangkutan awam ke Pantai Timur selepas Terminal Bersepadu Selatan (TBS) itu sudah mula beroperasi sejak Mac lalu.
Bagaimanapun, kata beliau, penggunaannya masih rendah pada ketika ini kerana kerajaan belum mewajibkan bas ekspres ke Pantai Timur beroperasi dari TBG.
Menurutnya, TBG mampu menampung 25,000 penumpang sehari dan mengendalikan kira-kira 700 perjalanan bas setiap hari.
Loke menjelaskan, pembinaan TBG berjumlah RM307.4 juta itu melibatkan bangunan tujuh tingkat termasuk ruang komersial, selain ia turut dilengkapi sistem tiket berpusat, sistem operasi terminal serta berkonsepkan pembangunan berorientasi transit.
TBG juga dihubungkan terus dengan Stesen LRT Gombak dan akan menjadi pintu masuk utama kepada rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) apabila siap kelak.
Lebih membanggakan, Loke berkata, terminal itu turut menerima pengiktirafan Gred A daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) meskipun baru sahaja beroperasi pada 5 Mac lalu.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#Anwar Ibrahim
#Terminal Bersepadu Gombak
#Pantai Timur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan