awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TDM akan tubuh lembaga siasatan kenal pasti punca kejadian kematian Mohd Zahir

Astro Awani
Astro Awani
04/09/2019
05:38 MYT
TDM akan tubuh lembaga siasatan kenal pasti punca kejadian kematian Mohd Zahir
Allahyarham Mohd Zahir yang berusia 36 tahun merupakan bapa kepada lima anak berusia antara 5 bulan hingga 9 tahun berasal dari Kuala Lumpur menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth pada pukul 9.20 pagi ini.
Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan insiden kematian seorang pegawai yang meninggal dunia ketika latihan demonstrasi keupayaan Tentera Darat di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.
Menurut TDM, latihan demonstrasi keupayaan berkenaan telah dilaksanakan bermula 26 Ogos lalu untuk perasmian acara Pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia.
"Walau bagaimanapun, semasa pelaksanaan demonstrasi pada hari sebenar, telah berlaku situasi yang menyebabkan kemalangan jiwa tersebut.
"Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, 36 tahun merupakan pegawai dari pasukan 11 Rejimen Gerakhas, Kem Sungai Udang, Melaka," kata TDM dalam kenyataan media.
Allahyarham Mohd Zahir yang berusia 36 tahun merupakan bapa kepada lima anak berusia antara 5 bulan hingga 9 tahun berasal dari Kuala Lumpur menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth pada pukul 9.20 pagi ini.
Pada masa sama, Panglima Tentera Darat, Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi menzahirkan ucapan takziah kepada balu dan keluarga wira negara ini serta menyifatkan pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan kepada TDM.
Pemergian Allahyarham Mohd Zahir juga disifatkan beliau sebagai mati syahid.
"Semoga keluarga reda dan sabar dengan ujian Allah S.W.T. Allahyarham meninggal dunia dalam tugas yang besar pahalanya (syahid)," kata beliau.
Kenyataan itu turut menyebut, TDM akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. BACA: Anak pelakon AR Badul maut terkena tembakan
Topic Berkaitan
#anak AR Badul
#AR Badul
#Kem Lok Kawi
#komando
#Mejar Mohd Zahir Armaya
#TDM
#Tentera Darat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan