awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebimbangan meningkat terhadap kemungkinan penggantungan perkhidmatan MSF di Gaza
OIC sambut baik fasa kedua pelan damai, pembentukan jawatankuasa Palestin
Naim Moktar hargai sokongan padu GRS dalam kempen PRK Kinabatangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TDM gagalkan cubaan seludup ganja mampat di Sungai Golok

Bernama
Bernama
21/08/2025
23:15 MYT
TDM gagalkan cubaan seludup ganja mampat di Sungai Golok
Menurut Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia, operasi di kawasan Sungai Golok pada tengah hari semalam menemukan empat kotak ganja mampat seberat 207 kilogram dianggar bernilai RM641,700. - Foto Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia
KOTA BHARU: Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup ganja mampat seberat 207 kilogram bernilai lebih RM600,000 di kawasan Sungai Golok, sempadan Malaysia-Thailand semalam.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) memaklumkan kegiatan itu dikesan pada 12.45 tengah hari, ketika pasukan rondaan di bawah tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia terserempak dengan empat lelaki yang sedang memindahkan barang dari sebuah bot ke tebing sungai di sebelah Malaysia.
"Menyedari kehadiran pasukan operasi, semua lelaki terbabit melarikan diri ke tebing Thailand dan meninggalkan barangan itu.
"Pemeriksaan menemukan empat kotak ganja mampat seberat 207 kilogram dianggar bernilai RM641,700," menurut Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia dalam kenyataan.
Semua barang rampasan diserahkan kepada Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sungai Golok
#seludup ganja
#tentera darat
#rampasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan