awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand

Bernama
Bernama
09/02/2025
14:30 MYT
TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.
ALOR SETAR: Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan tangkapan pertama dilakukan pada 7.22 malam semalam di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
"Pasukan operasi yang melaksanakan rondaan telah mengesan sekumpulan pendatang tanpa izin yang sedang bersembunyi di dalam longkang di jalan utama dari Padang Sanai menuju ke Sintok. Seramai lapan lelaki warga Myanmar berumur antara 19 hingga 48 tahun telah berjaya ditahan.
"Turut dirampas sejumlah wang tunai dan lapan telefon bimbit yang kesemuanya dianggarkan bernilai lebih RM5,300," menurut kenyataan itu.
Menurut 2 Divisyen kesemua mereka dipercayai memasuki Malaysia dengan laluan tidak sah bagi mencari peluang pekerjaan dan diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut.
Kenyataan itu menyebut tujuh pendatang tanpa izin warga Myanmar dan Thailand berusia 18 hingga 47 tahun yang berada dalam keadaan mencurigakan berhampiran sempadan Malaysia-Thailand turut ditahan pada 2.30 pagi tadi.
"TDM akan terus komited memastikan keselamatan di sempadan negara dan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan dan penyeludupan. Pasukan operasi akan terus mempertingkatkan rondaan dan kawalan di sempadan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tentera Darat Malaysia
#Tahan
#pendatang tanpa izin
#Myanmar
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan