KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menerusi 'TeamAzizul' menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa banjir di beberapa kawasan di Pahang dan Selangor.
Menerusi hantaran di media sosial semalam, pelumba yang diberi gelaran 'The Pocketrocketman' itu memaklumkan sumbangan inisiatif TeamAzizul untuk mangsa di Temerloh dan Sepang, atas dasar tanggungjawab dan prihatin sebagai rakyat Malaysia.
"TeamAzizul memberi sumbangan secara terus kepada mangsa dengan bantuan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) tempatan yang sangat prihatin dan membantu. Kami telah menghantar bantuan bahan kering dan minuman serta pam air untuk memudahkan mereka melakukan kerja-kerja pembersihan.
BACA SEMUA BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
"Untuk projek seterusnya, kami cuba menghulurkan bantuan kepada setiap keluarga dengan satu set periuk nasi, dapur gas dua penunu, tilam dan bantal yang memerlukan kos RM300 bagi satu keluarga," menurut hantaran itu.
Pemenang pingat perak acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu berkata, mereka yang berminat untuk bersama membantu mangsa banjir, boleh menyumbang menerusi akaun bapa saudaranya, Mohamad Uzir Ahmad di akaun Maybank (564155553941) dengan rujukan TeamBantuBanjir.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 27 2021

Azizulhasni berkata, mereka yang berminat untuk bersama membantu mangsa banjir, boleh menyumbang menerusi akaun bapa saudaranya, Mohamad Uzir Ahmad di akaun yang tertera di dalam artikel. - Gambar fail

Terengganu sertai 36 jenis sukan di SUKMA 2024
Terengganu akan menyertai 36 daripada 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak, Ogos tahun depan.
Boris Johnson kesal atas kehilangan nyawa ketika pandemik
Bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson pada Rabu memohon maaf dan kesal atas kehilangan nyawa ketika pandemik COVID-19.
Hubungan erat Rusia-UAE tidak pernah berlaku sebelum ini - Putin
Hubungan antara Rusia dan Emiriah Arab Bersatu berada pada tahap tinggi yang tidak pernah berlaku sebelum ini, kata Presiden Rusia Vladimir Putin.

Orang Asli kita juara sebenar isu perubahan iklim - Pemangku Raja Pahang
Pahang mempunyai 80,000 penduduk Orang Asli daripada pelbagai suku, yang mendiami kawasan hutan di negeri berkenaan.
Situasi semasa di Gaza semakin teruk setiap jam
Pegawai WHO di Gaza memberitahu situasi semasa wilayah itu semakin teruk setiap jam susulan pengeboman bertubi-tubi rejim zionis di sekitar bandar Khan Younis dan Rafah.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Wanita maut, dua remaja lelaki cedera dalam tembakan di London
Seorang wanita terbunuh manakala dua lagi cedera dalam kejadian tembakan di Hackney, London.
17 maut bas terbabas ke gaung di Filipina
Sekurang-kurangnya 17 penumpang terbunuh manakala tujuh lagi kritikal, apabila bas dinaiki mereka terbabas di ‘selekoh maut’ sebelum terjunam dalam gaung di kaki sebuah gunung di tengah Filipina.
Prestasi Malaysia dijangka lepasi paras prapandemik tahun depan
Prestasi industri pelancongan Malaysia bagi segmen pelancong antarabangsa bagi tahun hadapan dan tahun mendatang dijangka melepasi pencapaian prapandemik COVID-19, dipacu oleh usaha pemasaran dan promosi pemain industri tempatan.
Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Musa Yusof berkata, ia juga susulan isyarat positif daripada ketibaan pelancong antarabangsa ke malaysia tahun ini.
Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Musa Yusof berkata, ia juga susulan isyarat positif daripada ketibaan pelancong antarabangsa ke malaysia tahun ini.
Tiga pendekatan baharu diperkenalkan dalam kurikulum persekolahan 2027
Kurikulum 2027 akan memperkasa pelaksanaan pentaksiran bilik darjah yang bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran diubah suai bagi meningkatkan tahap penguasaan murid.
Cadangan wujudkan jawatan jururawat pengasuh warga emas
Seorang ahli Dewan Negara mencadangkan agar kerajaan mewujudkan jawatan jururawat pengasuh warga emas sebagai persediaan mendepani cabaran negara menua 2030.
Senator Datuk Dr R. Nelson berkata, kurikulum bagi tujuan itu telah pun disediakan oleh jabatan pembangunan kemahiran, namun difahamkan tidak ada permintaan untuk program tersebut.
Senator Datuk Dr R. Nelson berkata, kurikulum bagi tujuan itu telah pun disediakan oleh jabatan pembangunan kemahiran, namun difahamkan tidak ada permintaan untuk program tersebut.

"TeamAzizul" hulur sumbangan untuk mangsa banjir
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menerusi 'TeamAzizul' menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa banjir di beberapa kawasan di Pahang dan Selangor.